Lirik Lagu Masih Aku Cinta – Shila Amzah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mendayu sahaja bila dengar lagu terbaru penyanyi Shila Amzah yang berjudul Masih Aku Cinta. Lagu ini menurut Shila dicipta buat bekas kekasihnya Shahnaz Ahmad. Seperti yang kita ketahui hubungan Shila Amzah dan Shahnaz Ahmad sudah pun berakhir kerana tidak mendapat restu daripada keluarga Shila. Apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka.

shilaamzah

Lirik Lagu Masih Aku Cinta – Shila Amzah

Biarpun kau tak lagi ada denganku
Takkan ku bisa melupakanmu
Cara mu,memanggil namaku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubariku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku kan selalu doakanmu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankan ku sepertimu
Satu dunia menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Sumber : Encik Nakal

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge