Langgan Streamyx 8Mbps Bundle With Hypptv

Huihhh! Tarik nafas lega ibu sekejap. Akhirnya streamyx yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Rasanya permohonan paling lama diproses kot. Hampir setahun lebih tempoh penantian. Ingatkan  dah nak berputus asa. Tapi dapat jua akhirnya. Mohon tahun 2015, 2017 baru dapat merasa kelajuan streamyx. Kalau ikutkan sebelum ini bukan tidak pernah langgan streamyx. Streamyx Wireless EVDO pun pernah.

pakej streamyx 8mbps bundle with hypptv
Pakej Streamyx 8Mbps

Tapi semua akaun itu, ibu sudah pun terminate gara-gara lokasi rumah ibu lama ibu yang tidak mendapat coverage penuh streamyx dan juga masalah kecurian cable yang sering berlaku. Bila sudah berpindah ke rumah baharu, memang menunggu-menunggu peluang untuk memasang streamyx di rumah. ‘Streamyx 8Mbps Bundle With Hypptv’ menjadi pilihan ibu.

Tempoh permohonan yang sangat lama itu bukan lah sebab TM tak efficient ya. Ia adalah kerana rumah baru ibu masih belum mempunyai prasarana yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan streamyx. Tiang telefon belum ada macam mana TM hendak proceed. Pada hujung tahun lepas (2016) baru lah pihak TM memasang tiang telefon. Mungkin selepas sudah ramai jiran-jiran turut membuat permohonan.

Sebenarnya, ketika entry ini ditulis, ibu sudahlah hampir sebulan menggunakan perkhidmatan streamyx. Bak kata, senyum sajalah sebulan ini. Almaklumlah, talian internet dah laju…hahah

Streamyx 8Mbps Bundle With Hypptv

Ibu memilih pakej 8 Mbps pada harga promosi. Ketika permohonan semula dibuat, promosi 8Mbps pada harga RM140 telah dilanjutkan sehingga 28 Februari 2017. Apa lagi, ibu terus sambar pakej tersebut. Seronok tak terkata hehe…dapat kurang bayar RM20.00 sebulan pun jadi la kan..jimat sedikit hehe…

langgan streamyx 8mbps bundle with hypptv
Modem dan telefon termasuk pakej.

Tarikh pemasangan streamyx di rumah ibu pada 23 Februari 2017 yang lepas. Ibu dibekalkan set modem dan juga telefon tanpa wayar. Mula-mula kontraktor TM pasang port pada kelajuan 4Mbps. Oleh kerana dipasang di kawasan taman perumahan baru. Jadi, kelajuan 8Mbps perlu dinaik-taraf secara manual oleh Technician TM. Tidak lama pun proses tersebut. Lebih kurang ambil masa seminggu sahaja. Setelah selesai naik taraf kelajuan streamyx, Ibu dapat set-up-box Hypptv. Kisah Hypptv, ibu akan kongsikan dalam artikel lain ya. 😀

kelajuan streamyx 8mbps bundle with hypptv
Test kelajuan Streamyc 8Mbps dengan speedtest.

 1,107 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Trackback / Pingback

  1. Unifi? Orang Lain Dah Berzaman Guna :p – Blog Ibu Mifzal

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*