Lagi Kes Pelajar Diliwat Guru


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

aduyaaiiii..apasal makin menjadi2 benda2 gini ni..terbaru..kes seorang guru meliwat pelajarnya di Terengganu dilaporkan semalam…

Mangsa tinggal di asrama sering diajak ke kuarters

KUALA TERENGGANU: Tidak tahan terus menjadi mangsa liwat gurunya sejak beberapa bulan lalu, seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah berasrama di Batu Rakit di sini, membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit di sini, petang kelmarin. Pelajar berusia 13 tahun yang tinggal di asrama sekolah itu dikatakan sering diajak guru berusia 41 tahun itu ke rumahnya di kuarters guru dalam kawasan sekolah untuk diliwat.

Susulan laporan polis dibuat mangsa, polis menahan suspek yang sudah berkahwin di rumahnya jam 4 pagi semalam dan kini direman empat hari. – K Manoharan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pelajar itu mendakwa menjadi mangsa liwat guru yang berasal dari bandar raya ini antara Mac hingga Jun lalu.

“Mangsa mendakwa diliwat tiga kali oleh guru itu antara Mac hingga Jun lalu di rumah guru itu yang terletak dalam kawasan sekolah.

“Susulan laporan polis dibuat mangsa, polis menahan suspek yang sudah berkahwin di rumahnya jam 4 pagi semalam dan kini direman empat hari.

“Kita menyiasat kemungkinan ada pelajar lain menjadi mangsa kerakusan nafsu guru itu,” katanya di pejabatnya di sini, semalam.
Manoharan berkata, pelajar itu yang dikatakan berasal dari bandar raya ini dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377 C kerana melakukan seks luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sumber : Berita Harian

ini lah akibatnya bila ilmu agama yg dipelajari x diamalkan..bila nafsu beraja di hati…seorang guru ditugaskan dengan tugas yang mulia, mendidik anak bangsa,  bukannya memusnahkan masa depan pelajar. mmg la x semua guru yg bertopengkan syaitan tp sedikit sebanyak tercalit juga…jgn kerana beberapa kerat guru2 yg bermasalah ini menjatuhkan imej guru2 yg betul2 memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa. tambah pulak..makin menular gejala nafsu songsang ini.. dunia dah akhir zaman…macam2 terdengar cerita, berita yang x masuk dek akal..jgn kerana ini bala Allah SWT datang dan orang yg  x bersalah pun turut terkena.

semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah..dan dikuatkan imam untuk menjadi hamba-hambaNya yang soleh & solehah

ps : dulu abah Mifzal Arsyad pernah cerita, dia ada terserempak dgn bekas seorg guru sekolah mana ibu x yah la bg tau…katanya bekas guru tu telah dibuang kerja kerana dituduh mempunyai skandal dengan guru perempuan dan juga pernah mencabul anak muridnya…bekas guru tu skang kerja kat stesen minyak, kelihatan berpakaian kemas, ingatkan tauke stesen minyak tuh..rupanya bekas guru yg dikenali..nauzubillah..mintak dijauhkan benda2 sebegini..



Jom Kongsi!

Related Posts:

213 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge