Korban nahas bas di Simpang Pulai meningkat 28


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


BERITA : Korban nahas bas di Simpang Pulai meningkat 28


IPOH: Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.
Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca…saya kena balik dan bincang,” katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.

“Buat masa ini saya amat sedih…saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa,” katanya.- BERNAMA

Nota : aduhai..br berangan nak gi ke cameron highland lg sbb yg gi dulu x puas ronda2…tp mmg jalan dia mengerikan berliku2..tambah2 jalan ikut Tapah – Ringlet..lg surrender nak lalu situ..huhu..



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
75 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


One Comment