Kisah Semalam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Semalam ibu bercuti, Mifzal demam. Start demam pada malam hari selasa. Badan Mifzal dah dedar. Petang itu pula, pengasuh Mifzal bawa Mifzal pergi jumpa dengan abang iparnya untuk berubat. Menurut pengasuh, Mifzal selalu sangat terkejut semasa tidur. Abang ipar pengasuh Mifzal beritahu yang Mifzal ini jenis yang lemah semangat, Itu yang selalu kena tegur dengan “benda“. Huhu, menangis ibu dengar. “Maafkan ibu sayang, ibu nak Mifzal sentiasa kuat semangat. ya sayang!” Abang ipar pengasuh ada bekalkan air penawar ngan minyak yang dibuat dari bawang putih untuk dicalitkan dekat telinga, kaki, dan tangan Mifzal masa tidur kalau Mifzal asyik terkejut sahaja. Huhu, ibu risaulah.

kisah mifzal
Kesayangan ibu.

Selepas solat maghrib, ibu cek badan Mifzal semakin panas. Jadi, ibu dan Abah Mifzal ambil keputusan untuk bawa Mifzal ke klinik. Lagi pun ubat demam dah tak ada stok kat rumah ibu. Yang ada pun yang dah lama. Takut pula nak bagi, takut dah expired.  Hati ini risau juga, Ya lah, malam – malam nak bawa Mifzal ke klinik swasta yang jaraknya dalam 15 kilometer dari rumah ibu. Sepanjang jalan, ibu pasangkan ayat Quran sambil sendiri duduk baca ayat kursi. Ya lah, bimbang juga kalau-kalau ada yang menegur.. Yang Mifzal pula, walaupun demam tapi dalam kereta tak mahu duduk diam.

Ke Klinik

Sampai di klinik, orang pula ramai. Menunggu daripada jam 8.30 malam, jam 9.45 malam baru tiba giliran kami, jenuh menunggu. Bila doktor check, doktor cakap Mifzal tak demam pun, Aih! pelik. Tadi badannya panas. Oleh kerana bimbang, ibu minta juga ubat demam untuk buat stock in case badan Mifzal kembali panas.

Sampai di rumah, badan mifzal kembali dedar. Ibu bagi makan ubat demam kemudian Mifzal tidur lena.

Pagi esoknya, ibu jamah badan Mifzal rasa panas semula. Ibu dah susah hati dah ni. Nak ke office atau tidak?. Lastnya, ibu ambil keputusan untuk cuti sahaja hari tu. Tak sampai hati pula nak tinggalkan Mifzal dekat pengasuh dalam keadaan demam macam tu. Yang peliknya, siang hari Mifzal agak aktif. Lagi pun dia dah pandai jalan, jadi asyik berlatih berjalan sahaja. Kalau tengok Mifzal memag tak nampak macam budak demam langsung.

Tetapi bila malam sahaja, badan Mifzal panas semula. Dan, semalam memang ibu tak dapat tidur langsung sebab Mifzal merengek saja. Tak boleh nak tidur. Dalam jam 2.00 pagi baru lah Mifzal boleh tidur tapi itu pun asyik terjaga dan merengek sahaja. Susu tak mahu minum langsung. Ibu basahkan tuala, lap-lap badan Mifzal dan jerlun kepala Mifzal dengan air asam jawa. Mifzal senyap sekejap. Tapi, baru ibu nak terlelap, Mifzal dah jaga balik. Macam itu lah keadaan semalam. Mifzal tidur lena betul pun dah selepas subuh. Ibu pula bersiap nak pergi kerja, sebab ibu dah tak boleh nak sambung cuti lagi. Kerja banyak yang tak siap lagi. Kan dah cuti sebelum itu. Huhu, lagi pun lepas subuh tadi, ibu jamah badan Mifzal dah kebah sedikit. Nak tak nak kena juga pergi kerja dan hantar Mifzal kepada pengasuhnya.

Macam Tak Demam Pula

Tengah hari tadi, ibu telefon Kak Esah (pengasuh Mifzal) tanya fasal Mifzal.. Dan, Kak Esah cakap Mifzal macam bukan budak demam, aktif, main saja. Masa ibu telefon tadi pun Mifzal tengah duduk berebut telefon dengan pengasuh dia. Konon nak bercakap dengan ibu lah tu. Lega sedikit hati ibu bila dengar pengasuh Mifzal bagitahu Mifzal dah sihat.

Tapi ibu risau juga, bimbang demam itu datang balik masa malam nanti. Pelik pula, demam malam sahaja. Huhu, minta dijauhkan lah. Harap-harap Mifzal sentiasa sihat. Doakan ya!

 806 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*