Kisah Mengundi PRU 13


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, semalam ibu baru sampai dari kampung halaman setelah menunaikan kewajipan sebagai salah seorang warganegara Malaysia. Seminggu tak buka blog, hari ini rasa teruja ingin berkongsi pengalaman kali pertama mengundi dan dakwat “kekal”.

IMG_0372

Ibu dan keluarga keluar ke tempat mengundi pada jam 10.00 pagi. Menyesal tak pergi awal-awal. Letih kaki beratur. Ibu di saluran 3 yang jumlah pengundinya memang ramai. Adik-adik ibu di saluran 4 awal-awal lagi sudah siap dicalit dakwat yang tidak berapa nak kekal :p

IMG_0373

Ketika memangkah calon pilihan, dua tiga kali juga memeriksa kertas undi. Takut pula merosakkannya dengan dakwat “kekal” yang kononnya didakwa dapat kering dalam masa beberapa saat sahaja. Tetapi dakwat di jari dan kuku ibu masih belum kering sepenuhnya. Tercomot juga tangan ibu akibat terkena dakwat “kekal”.

IMG_0376

Hari kedua, dakwat di jari sudah hilang hampir sepenuhnya, setelah dibasuh dengan sabun cuci pinggan.

IMG_0382



Jom Kongsi!

Related Posts:

86 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


5 Comments