Kisah Iklan Google Adsense Disekat Lagi


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekali lagi. Iklan Google Adsense di blog ini disekat kerana dikatakan melanggar polisi. Adeh. Kali ini puncanya ada entri-entri yang mengandungi copyright material. Alahai, yang ini memang silap ibu lah. Memang ada kongsikan video drama Adam & Hawa dan Sehangat Asmara untuk tontonan online.

google adsense warning

Dapat email iklan disekat pada minggu exam ibu. Jadi, ibu biarkan je dahulu masalah ini. Malas nak kisah. Blog pun tidak dikemas kini. Konon kesibukkan yang amat lah tu. Sibuk membelek buku saja :p.

Kali ini, tidak segelabah kes yang terdahulu. Dah ada pengalaman, jadi boleh lah atasi kekecewaan itu. Hehe. Sehabis exam, masa untuk menghadap blog. Ibu bakul sampah kan semua entri-entri yang ibu kira ada melanggar polisi Google Adsense. Dan, seterusnya mencuba nasib menghantar permohonan re-enable iklan kepada team Google Adsense. Dua kali hantar, jawapan akhirnya positif.

Iklan Google Adsense kembali menari-nari di blog ini. Ibu perlu lebih berhati-hati lagi selepas ini. Ibu dikira bernasib baik kerana hanya iklan sahaja yang disekat tetapi bukan keseluruhan akaun. Huhu, sudah serik kali ini.

Sayang kalau kena sekat kerana kumpul sikit lagi fulus sudah boleh ditunaikan 😀



Jom Kongsi!

Related Posts:

303 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


3 Comments