Khasiat Bawang Putih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dulu-dulu, ibu kalau masak memang tak berapa suka bubuh bawang putih banyak. Tapi bila dah tahu yang bawang putih ni banyak khasiat..haruslah bubuh banyak daripada kebiasaan. Masa ibu dalam pantang dulu, mak mertua ibu, selalu masak bawang putih ni sekali dengan masak nasi dan dimakan bersama lauk. Kata mak mertua ibu, elok untuk orang dalam pantang.

Khasiat Bawang Putih

gambar bawang putih

1. Mengurangkan risiko strok.

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sumber : SangMentari

ps : untuk rawat asma pun boleh cuba…harus suruh dak boboy makan jugak bawang putih ni.

 717 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

  1. thanks atas info niee…
    mmg banyak khasiat bawang putih..
    saya pun kalo masak.. suka letak byk2….

    elok juga bakar dan makan setiap malam… byk khasiatnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*