Kes Isteri Ceraikan Diri Sendiri Pun Ada?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

aduhai…ade jugak kes macam ni..apa nak jadi masyarakat skarang..macam2 hal..mcm2 yg x terjangkau dek otak berlaku.. terbaru kes seoramg isteri telah menghantar sms talak tiga menggunakan hp suaminya kepada hp beliau..kononnya as proof suaminya telah menghantar sms cerai..aduhai..pelik betul la manusia skang ni..macam2 cara dibuat utk menghalalkan maksiat..

Hantar SMS talak diri sendiri

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad ‘menceraikan dirinya sendiri’ selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.

Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Suami mangsa, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 48 tahun yang mahu dikenali sebagai Jason, berkata dia dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak 1996 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan serta seorang lelaki berusia 10 hingga 16 tahun.

Jason yang sering pulang ke negara asal untuk menguruskan perniagaannya berkata, dia mula mengesyaki kecurangan isterinya itu selepas terserempak wanita terbabit bersama lelaki lain turun dari sebuah hotel di Ampang pada hujung 2009.

haish…gitu gayanya..skang mmg makin ramai kes isteri curang dan ditangkap khalwat dgn pasangan haramnya…nauzubillah…penyakit moral di kalangan org2 islam di Malaysia ni makin menjadi2…di mana silapnya? kurang didikan agama? ada ilmu agama tp x diamalkan?

entahlah..macam faktor..pengaruh di internet pun ya gak..facebook la..mcm2 lah..yg menjadi medium perhubungan..kiranya skang ni mmg byk benda yg boleh menjerumuskan manusia ke perangkap maksiat..

yang penting..kuatkan benteng diri dengan Agama..ilmu sahaja tidak cukup jika tidak diamalkan..

kepada sang isteri tersebut..bertaubatlah dan ingat anak2…

ps : sebagai peringatan..jadilah isteri yang solehah untuk suami, berkat dunia akhirat.

 707 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*