Kes Buang Bayi : Seorang Bayi Lelaki Ditemui Di Surau

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

bulan2 puasa ni pun ada lg makhluk-makhluk yg x berhati perut membuang bayi..dah seronok buat maksiat…pastu sesenang je buang anak..haish…ibu mmg sakit hati betul kalau baca berita2 buang bayi ni..kalau x nak sekali pun..jgn la di buang…kesian kat baby tuh..dia pun nak hidup jugak..kalau  ibu bapanya x berzina..nasib baby tu x akan jd gitu..

IPOH: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam surau di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Salak Baru, Sungai Siput, hari ini.

Bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan dibalut dengan kain batik itu ditemui 7.15 pagi oleh beberapa pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang mendengar tangisannya ketika sedang membersihkan sekeliling kawasan R&R berkenaan.
Seorang daripada pekerja terbabit kemudian membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata bayi lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk pemeriksaan.

Bayi itu dipercayai diletakkan di surau itu oleh seorang wanita yang kemudiannya menyembunyikan diri, katanya ketika ditemui pada perhimpunan bulanan Ketua Polis Perak di sini hari ini.

Polis sedang menyiasat dan mengesan ibu bayi berkenaan dan meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Sungai Siput di talian 05-5981222 untuk membantu siasatan.

ps : entah la apa nak jadi nga remaja skang..ibu agak ini baby ms sambutan tahun baru 2011 kot… pihak bertanggungjawab patut sekat program2 konsert hiburan yg x mendatangkan faedah dan hanya mendatangkan kemungkaran je..x kan x reti2 lg..huh!!!

 965 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*