Keputusan Penuh Pemenang Anugerah SKRIN 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dek kerana kesibukan menghadapi final exam semester ini, ibu terlupa yang semalam ada berlangsungnya Anugerah SKRIN 2012. Sebenarnya, memang niat nak tengok, sebab semalam pun dah merdeka dari exam ni. Terlepas sudah. Semalam tidur awal, konon qada’ tidur lah, seminggu exam ni macam tak cukup tidur je..hehe tak cukup tidur la sangat, walhal sebelum exam pagi semalam pun dah bantai tidur, huhu tak baca buku pun.

pemenang anugerah skrin 2012

Oleh sebab ibu tak berkesempatan menyaksikan anugerah ini, tapi hati nak gak tahu siapa yang menang, jadi, ibu pun google la..dan nak kongsikan dengan kengkawan yang tak dapat tengok siaran langsung semalam.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah SKRIN 2012 – 9 November 2012 (TV3)

Lakon Layar Terbaik Filem

  • Bunohan – Apparat Sdn Bhd

Lakon TV Terbaik

  • Di Telapak Kaki Bonda – Lam Pung Fui

Videografi Terbaik

  • Aku Mahu Terbang

Laporan Khas Berita Terbaik

  • Berita TV9 – Bom Jangka

Drama Komedi Terbaik

  • Elly Dan Epit- Red Communication Sdn Bhd

Program Realiti Terbaik

  • Jemputan Umrah – Episod 1

Anugerah Artis Harapan Pantene

  • Puteri Balkis – Pelarian

Rancangan Bual Bicara Terbaik

  • Bella – Labour Day Special

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

  • Namron – Parit Jawa

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

  • Sherry Merlis – Di Telapak Kaki Bonda

Rancangan Hiburan Terbaik

  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 – Nurul Huda

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

  • Lisa Surihani – Ombak Rindu

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem

  • Syahfie Naswip – Songlap

Pelakon Wanita Terbaik Filem

  • Maya Karin – Ombak Rindu

Pelakon Lelaki Terbaik Filem

  • Shaheizy Sam – Songlap

Rancangan Dokementari / Majalah Terbaik

  • Dunia Tersembunyi – Rambu Solok

Rancangan Muzikal Terbaik

  • Anugerah Juara Lagu ke 26 – Nurul Huda Abdul Malik

Pelakon Wanita Terbaik Drama

  • Ruminah Sidek – Parit Jawa

Pelakon Lelaki Terbaik Drama

  • Abu Bakar Omar – Gincu Ayah

Pengarah Terbaik Filem

  • Fariza Azlina / Afandee Roslan – Songlap

Pengarah Terbaik Drama

  • Khabir Bahtia – Di Telapak Kaki Bonda

Anugerah Yasmin Ahmad

  • Pierre Andre

Drama Rantain Terbaik

  • Jangan Ambil Padang Kami – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Filem Terbaik

  • Bunohan – Apparat Sdn Bhd

Drama Terbaik

  • Di Telapak Kaki Bonda

Sumber : Blog Aku Dan Sesuatu

ps : Eh, maya karin menang untuk filem Ombak Rindu?

 1,330 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

18 Comments

  1. Saya pon tak sempat tgk. Dapat tgk part akhir pemenang apa ntah disangka cina perempuan, sekali dia cakap suara jantan! Hahahaha..dan part tahyul sgt, bila nenek kebayan tukar jd umie aida, then neelofa terus cakap “alhamdullilah, bonda sudah kembali”…rasanya ASK2012 sangat confuse dan caca merba

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*