Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam Mengikut Gred


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu ada terbaca info dari sumber yang boleh dipercayai mengenai jadual kenaikan gaji tahunan penjawat awam mengikut skim baru saraan baru perkhidmatan awam yg telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri..namun kesahihannya belum dpt dipastikan lg selagi pihak JPA belum endorse jadual sebenar.

sumber gambar : facebook kawan sekelas ibu 

kalau betul kenaikan sebanyak ini..kira naik seganda lahkan dr kenaikan tahunan sebelum ini. alhamdulillah..

(update : seganda utk kumpulan sokongan @ pelaksana. tp kenaikan utk kumpulan profesional tak sampai seganda – mengikut maklumat pembaca. tq)

mengikut pemahaman ibu setelah membaca ucapan teks penuh bajet 2012 bagi penjawat awam.

kita akan diberi pilihan untuk menerima atau menolak skim gaji baru nnt. apabila kita menerima, secara autonya gaji kita akan bertambah berikutan skim gaji baru mempunyai kenaikan gaji baru yang melebihi kenaikan gaji tahunan sekarang..

sebagai contohnya, bagi seorang guru DGA32 mengikut gaji sekarang, gaji P1T1 adalah dlm RM2400, manakala P1T2 adalah RM2498. kenaikan tahunan skim gaji lama adalah RM98. namun bagi skim gaji baru if starting gaji sama (RM2400)..tp kenaikan tahunan adalah berbeza iaitu sebanyak RM160..dan gaji utk tahun berikutnya akan naik menjadi  RM2560 (gaji baru) berbanding RM2498 mengikut gaji lama.

contoh di atas hanya andainya dan dr pemahaman ibu je..mungkin cara pengiraan lain kan. tp dek sebabkan keterujaan utk mengetahui berapa % kenaikan mengikut gred gaji itu yg sibuk buat contoh tuh..heheh faham x korang nga contoh yg ibu buat..kalau x faham abaikan sahaja..

apa2 pun kita tunggu la pekeliling dr JPA..td bukak website JPA database error..sure ramai yg x sabar nak tahukan pasal gaji baru ni..

ps : sabar..sabar..w/pun ibu sendiri pun x sabar..

 



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
261 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


9 Comments

  1. siti

    Betulke begitu ibu…. kalau org yg sudah berada di T10 bagaimana pula…. Kalau kita start dari PI dan tambah RM160 utk kenaikan tahunan… tentu org yg berada di T yg lebih tinggi akan mendapat kenaikan yg lebih banyak… seelok-eloknya kita tunggu saja pekeliling dari JPA…