Kemalangan Di Litar SIC Sepang, Marco Simoncelli Meninggal Dunia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

semalam ibu tgk berita Buletin Utama (setelah lama x tgk). Dapat tahu ada kemalangan maut di Litar Lumba SIC Sepang..sangat terkejut sbb x sangka boleh berlaku kemalangan maut di litar lumba antarabangsa itu..perlumbaan pun bukan calang2..meaning pelumba2 pun mmg yg dah pakar dlm mengendalikan motor. tap ya lah, kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya.

MotoGP GP Malaysia dibatal ekoran kemalangan maut Simoncelli


:: Detik kemalangan di Litar SIC Sepang ::

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) diselubungi duka apabila penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Selekoh 11 pada pusingan pertama perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia- Shell Advance, semalam.

Insiden maut itu menyebabkan perlumbaan kelas berkenaan dibatalkan, petang semalam.
Penunggang 24 tahun dari Itali yang menaiki podium di GP Republik Czech pertengahan Ogos lalu tergelincir ketika mengambil selekoh sebelum Colin Edwards (Monster Yamaha Tech 3) yang tidak sempat mengelak terlanggar Simoncelli hingga menyebabkan topi keledar Simoncelli tercabut.

Turut terbabit dalam insiden pertama kali membabitkan kematian di Litar Sepang itu ialah Valentino Rossi (Ducati) tetapi penunggang veteran 32 tahun itu sempat mengelak dan bergerak ke dalam garaj pasukan sebelum dihentikan.

Berita malang itu disahkan Pengarah perubatan MotoGP, Dr Michele Macchiagodena dalam sidang media khas mengumumkan masa kematian penunggang itu pada jam 4.56 petang kerana kecederaan teruk di bahagian dada, tengkuk dan kepala.

Sunber : Berita Harian Online

kalau nak tgk detik2 kemalangan tersebut boleh klik tajuk video kat bawah ni..

Video kemalangan di Litar Lumba SIC Sepang pada 23 Oktober 2011 

ps: kemalangan tak terduga. Rest in peace Marco Simoncelli

 1,820 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*