Kelengkapan Sekolah Mifzal Arsyad


(Kelengkapan Sekolah Mifzal Arsyad)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, dapat menyediakan kelengkapan persekolahan anak ibu yang akan memasuki sesi perkolahan tahun 1 pada tahun 2015 ini. Tak sabar nak lihat Mifzal Arsyad bersekolah. Bukan anak sahaja yang tak sabar. Ibu bapa pun sama. Sangat teruja kan.

kelengkapan sekolah murid tahun 1

Banyak juga belanja untuk menyediakan kelengkapan sekolah ni ya. Beratus-ratus juga kena sedia. Sebelum ini, sekolah tadika, tak banyak yang perlu disediakan. Tapi bila dan masuk tahun 1, macam-macam nak kena sedia kan. Ibu bapa yang ada anak sekolah tentu faham kan. Ibu dan Abah Mifzal membeli keperluan sekolah Mifzal Arsyad di Tesco Kampar sahaja. Ada juga ke Giant Kampar tetapi tak banyak pilihan. Pakaian untuk sekolah kebangsaan dan juga pakaian untuk sekolah agama rakyat. Sekolah Kebangsaan sesi pagi manakala Sekolah Agama Rakyat pula untuk sesi petang. Pagi, petang anak ibu sekolah.

Ini baru menyediakan kelengkapan sekolah seperti pakaian dan alat tulis, belum masuk belian buku-buku tulis dan buku-buku kerja. Mujurlah yuran sekolah kebangsaan dan buku-buku teks dapat percuma. Kalau tidak letih juga kan..hehe. Cuma sekolah agama sahaja ada yuran bulanan yang perlu dijelaskan sekaligus atau 2 kali bayar ketika mendaftar nanti. Tak mengapalah, yang penting anak ibu dapat menimba ilmu dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat…aaminn.



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
104 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge