Kecil Hati


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kecil hati betul dengan salah seorang pengasuh Mifzal Arsyad di nursery. Ya…ibu tahu, anak ibu sangat-sangat aktif dan banyak ragam. Tapi tak perlu lah sampai kutuk anak ibu. 🙁

image

Kisahnya begini. Selepas sesi tadika di waktu pagi. Kebiasaan akan hantar Mifzal Arsyad ke nursery. Satu hari itu, Mifzal Arsyad request kat ibu nak beli kereta warna merah. Waktu tengahari kereta banyak dan jammed. Nak parking pun susah. Jadi, ibu pujuk dan janji akan beli pada waktu petang masa ambil Mifzal Arsyad nanti. Biasalah, anak tunggal dan manja pula. Kalau dia dah nak, dia tetap nak.

Ibu hantar Mifzal Arsyad yang masih tak habis merajuk dan meragam ke nursery. Mula-mula Mifzal Arsyad tak mahu keluar dari kereta. Pengasuhnya sudah menunggu.

Pengasuh : “Anak saya pun seorang juga tapi tak ada la teruk macam ini.”
Ibu : (senyum kelat).

Sesi merajuk Mifzal Arsyad tak lama, tak susah sebenarnya mahu memujuk hero kecil ibu ini. Kena pujuk dengan lembut. Kalau marah lagi dia merajuk.

Ibu tak tahu lah se”BAIK” mana anak si pengasuh itu.

Kesian anak ibu. Walau apa pun, Ibu tetap sayang Mifzal Arsyad selamanya.

Posted from My Samsung Galaxy Note



Jom Kongsi!

Related Posts:

46 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


4 Comments