Dah seminggu kita berpuasa, masih tidak terlewat untuk ibu ucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Zakat Fitrah wajib kita sebagai umat islam untuk tunaikan dan perlu untuk kita mengetahui kadar bayaran zakar fitrah bagi tahun ini.
Suka untuk ibu kongsikan info mengenai kadar bayaran yang sudah boleh dibayar bermula awal ramadhan lalu. Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditentukan oleh setiap negeri di Malaysia.
Jadual Kadar Bayaran
BACA INI : Iklan Raya Petronas Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012
BIL | NEGERI | KADAR ZAKAT FITRAH 1434H |
---|---|---|
1. | Johor | RM5.00 / RM8.00 |
2. | Kedah | RM7.00 |
3. | Melaka | RM6.50 |
4. | Kelantan | RM7.00 |
5. | Negeri Sembilan | RM6.50 |
6. | Pahang | RM7.00 |
7. | Selangor | RM7.00 |
8. | Terengganu | RM4.50 / RM7.00 / RM7.60 |
9. | Sabah | RM7.00 |
10. | Perlis | RM6.00 |
11. | Pulau Pinang | RM7.00 |
12. | WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan | RM7.00 |
13. | Sarawak | RM6.50 |
14. | Perak | RM7.00 |
Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada lima (5):
- Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
ps : semoga info ini dapat membantu dan memudahkan kita utk menunaikan kewajipan membayar zakat ini.
1,400 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Selamat Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir & Batin.
selamat hari raya juga
kami belum bayar lagi ni…bagus juga ada entri macam ni, sebagai peringatan..
boleh la start bayar dah. hehe
terima kasih sudah mengingatkan,,selamat menunaikan ibdah puasa.
alamak belum bayar zakat lagi..