Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1434H / 2013M

Dah seminggu kita berpuasa, masih tidak terlewat untuk ibu ucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Zakat Fitrah wajib kita sebagai umat islam untuk tunaikan dan perlu untuk kita mengetahui kadar bayaran zakar fitrah bagi tahun ini.

zakat fitrah
Wajib dibayar

Suka untuk ibu kongsikan info mengenai kadar bayaran  yang sudah boleh dibayar bermula awal ramadhan lalu. Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditentukan oleh setiap negeri di Malaysia.

Jadual Kadar Bayaran

BACA INI : Iklan Raya Petronas Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012

BIL NEGERI KADAR ZAKAT FITRAH 1434H
1. Johor RM5.00 / RM8.00
2. Kedah RM7.00
3. Melaka RM6.50
4. Kelantan RM7.00
5. Negeri Sembilan RM6.50
6. Pahang RM7.00
7. Selangor RM7.00
8. Terengganu RM4.50 / RM7.00 / RM7.60
9. Sabah RM7.00
10. Perlis RM6.00
11. Pulau Pinang RM7.00
12. WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan RM7.00
13. Sarawak RM6.50
14. Perak RM7.00

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada lima (5):

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

ps : semoga info ini dapat membantu dan memudahkan kita utk menunaikan kewajipan membayar zakat ini.

 1,402 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*