Tahniah The Red Warriors Juara Piala FA 2013

Tahniah The Red Warriors, Kelantan kerana menjuarai Piala FA 2013 dengan menewaskan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim dengan keputusan masa penuh, 1- 0.

piala fa 2013
Juara

Jaringan tunggal perlawanan akhir Piala 2013 oleh Norfarhan Muhammad pada minit ke 16 perlawanan.

Tahniah Juga kepada Kapten pasukan Kelantan, Badri Radzi (Piya) yang dinobatkan sebagai pemain terbaik.

Walaupun ibu tak sempat hendak melihat perlawanan tersebut tetapi di sudut hati memang sentiasa menyokong pasukan The Red Warriors ini. Anak jati Kelantan kan! Hahaha. Kalau ibu tengok mau, kena semput. Mesti berdebar-debar menyaksikan pelawanan yang sangat sengit ini. Walaupun, mendengar Abah Mifzal menjerit kegembiraan apabila Kelantan mendapat gol kemenangan tetapi ibu still takut untuk melihatnya. Debar tak boleh nak digambarkan. Macam-macam fikir takut kegembiraan itu hanya seketika. Haha, dah macam kena anxiety pula kan. Aduh!!

Kemenangan The Red Warriors di Piala FA 2013 ini membuktikan yang pasukan ini bukan calang-calang pasukan untuk ditentang. Heheh Tahniah, Gomo Kelate Gomo.

 2,277 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

  1. Alhamdulillah kelate menang. Malam tadi pun takut-takut berani je tengok. Berdebar dari awal sampai habis hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*