Jadual Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016


(Jadual Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ada yang dah dapat BR1M kan? Setahu ibu, bagi kategori bujang yang berpendapatan RM2000 ke bawah, BR1M telah dibayar melalui akaun masing-masing pada 26 Januari 2016. Untung kome ya dapat BR1M. Ibu pula tak pernah merasa dapat duit BR1M. Sebelum-sebelum ini, dapat juga Bantuan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) sebab bergelar pelajar kan. Tapi dah habis belajar tak layak dah lah untuk BB1M. So, yang mana dapat BR1M dan BB1M tahun ini, gunakanlah sebaiknya. Banyak pula tu kadar BR1M tahun 2016 ini.

jadual bayaran BR1M

Okay, ibu nak kongsikan jadual pembayaran BR1M bagi tahun 2016 ini bagi menjadi rujukan kepada penerima-penerima BR1M untuk mengetahui bila duit BR1M masuk akaun. Pembayaran BR1M 2016 ini dibuat secara berperingkat.Β Dan, tahun ini juga telah diwujudkan satu kategori baru iaitu kategori E-kasih yang akan menerima BR1M 1050.00

Jadual Pembayaran BR1M 2016

Kategori E-Kasih (Pendapatan RM1000.00 & Ke Bawah) – Jumlah BR1M RM1050.00
1. Bayaran Pertama (RM250.00) – 28 Januari 2016
2. Bayaran Kedua (RM250.00) – 28 April 2016
3. Bayaran Ketiga (RM300.00) – 23 Jun 2016
4. Bayaran Keempat (RM250.00) – 28 September 2016

Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM3000.00 & Ke Bawah – Jumlah BR1M RM1000.00
1. Bayaran Pertama (RM250.00) – 28 Januari 2016
2. Bayaran Kedua (RM250.00) – 28 April 2016
3. Bayaran Ketiga (RM250.00) – 23 Jun 2016
4. Bayaran Keempat (RM250.00) – 28 September 2016

Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM3001.00 – RM4000.00 – Jumlah BR1M RM800.00
1. Bayaran Pertama (RM200.00) – 28 Januari 2016
2. Bayaran Kedua (RM200.00) – 28 April 2016
3. Bayaran Ketiga (RM200.00) – 23 Jun 2016
4. Bayaran Keempat (RM200.00) – 28 September 2016

Kategori Individu Bujang Berpendapatan RM2000.00 & Ke Bawah – Jumlah RM400.00
1. Bayaran Pertama (RM400) – 26 Januari 2016

* Tarikh pembayaran boleh berubah mengikut keadaan semasa dan bank yang didaftarkan.



Jom Kongsi!

Related Posts:

258 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments