Lagu Tema Kemerdekaan Malaysia Ke-55?


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebelum ni, ibu ada sharekan info mengenai logo dan tema sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55.Untuk entry kali ini, ibu nak share lagu tema Hari Merdeka ke-55 pulak. Lagu Janji Ditepati ini adalah dengan sempena tema Hari Merdeka. Jom baca dan hayati liriknya.

Lirik Lagu Janji Ditepati

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

ps: mengenai logo, banyak yang ibu baca komen di Facebook terutamanya, yang tidak berpuas hati. hmm.. mungkin dah hilang kreativiti kot. Lagu pulak pada pandangan peribadi ibu, kelakar lah ibu rasa, dengar pun mcm x rs feel patriotik pun..BR1M, TR1M, Kedai 1Malaysia pun masuk dalam lagu..alahai..

TERKINI : Logo Hari Merdeka Ke 55 Ditukar kepada Logo 1Malaysia (Malaysiakini.com)

 



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
78 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


4 Comments