Infolinks Kembali


(Infolinks Kembali)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Last guna iklan Infolinks di blog IbuMifzal.Com, seingat ibu pada tahun 2012. Uih! dah lima tahun sebenarnya merajuk dengan infolinks hehe :p. Sebelum ini memang pernah guna Infolinks untuk menjana duit daripada hobi ber ‘blogging’. Hanya sempat merasa sekali sahaja cashout, lepas tu blog IbuMifzal.Com kena sekat kerana menggunakan code Infolinks di blog berbahasa Melayu. Ketika itu, polisi Infolinks belum meluluskan blog-blog berbahasa Melayu. Banyak kali juga cuba apply semula tetapi status blog tetap┬áditolak. Selepas itu, ibu biarkan sahaja. Merajuk! Hehe…

approved email from infolinks

Ntah kenapa pula baru-baru ini, teringat pada Infolinks. Jadi ibu cuba resubmit url blog ini. Tapi kali ini tersalah akaun pula. Terhantar ke akaun Infolinks yang tidak aktif dan tidak berbaki $. Akaun infolinks ibu yang aktif dan berbaki $ pula masih memaparkan status denied pada url blog IbuMifzal.Com ini. Ibu biarkan sahaja keran ibu beranggapan “pasti tak approve juga ni”

Tapi kali ini sangkaan ibu salah, tiba-tiba dapat pula email dari team Infolinks yang memberitahu blog ini telah diluluskan untuk menggunakan iklan-iklan Infolink. Alahai, rugilah baki $ dalam akaun yang satu lagi tu. Boleh pindahkan ke? hehe :D. Tak apalah ibu setia sahaja pada akaun yang ini :p.

akaun publisher infolinks

Oh ya! bagi yang belum tahu, “Infolinks adalah merupakan dalah satu platform untuk menjana pendapatan melalui blogging. Ia menyediakan in-text-advertising┬ádalam bentuk pendapatan iklan tanpa ada risiko kepada para publisher/blogger┬ábagi memaksimunkan pendapatan daripada blog. Infolinks juga memberi pembahagian hasil yang kompetitif kepada Publisher/Blogger seperti juga Google Adsense, Nuffnang, Adbrite, Kontera dan lain-lain. Jenis iklan Infolinks ialah periklanan Text Pay per Click yang menumpukan kepada iklan berupa links sesuai dengan keyword pada artikel di blog.”

Yang bestnya, jumlah layak cashout hanya USD50 sahaja. So mungkin tak perlu tunggu lama untuk cashout kalau trafik blog kencang.. Jadi selepas ini, dengan harapan bertambah-tambahlah earning di Infolinks dan juga Google Adsense yang dikasihi…hehe

blog dengan iklan infolinks



Jom Kongsi!

Related Posts:

653 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


8 Comments