Hilang Atau Rosak Dokumen Penting, Tidak Perlu Lapor Pada Polis


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu dengar berita kat TV3 semalam (setelah lama x tgk berita kat TV3..hehe) mengenai tidak perlu membuat laporan polis jika kehilangan atau kerosakan dokumen penting iaitu

  • Sijil kelahiran @ surat beranak
  • Passport Malaysia
  • Sijil perkahwinan
  • Sijil akademik
  • geran kereta @ motorsikal
  • lesen memandu &
  • geran tanah

Sebarang kehilangan atau kerosakan dokumen penting tidak perlu lagi dilaporkan kepada polis.

Sijil lahir, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, dokumen pendaftaran kenderaan, lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am, Bilangan 3, 2011 dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, 29 September lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam, 6 April lalu memutuskan ia sebenarnya amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Tahun lalu, 2.8 juta laporan polis diterima.

Bagaimanapun, katanya, pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis.

sumber : TV3.com.my

bagus jugak benda ni di apply kan..bukan apa..kalau semua benda hilang or rosak nak lapor polis..jenuh la polis nak wat kerja…lagipun kalau benda2 remeh cam ni hilang..rsnya polis pun x de masa nak layan or siasat bagai..kira mmg memudahkan kerja polis dan memudahkan rakyat lah…

mungkin kehilangan dokumen-dokumen ni bukan disebabkan kecurian atau jenayah lain..mungkin hanya disebabkan kelalaian tuan punya dokumen kan..so rsnya patutlah aduan kes2 kehilangan dan kerosakan ini dibuat terus kepada jabatan atau agensi yang terlibat. bukan sahaja memudahkan..malah boleh mempercepatkan proses penggantian dokumen2 tersebut.

ps : dokumen penting perlu disimpan dengan cermat 🙂


Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
292 Dibaca

Leave a Reply to dyla Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


6 Comments

  1. dyla

    sy nak minta bantuan anda semua sy baru lepas melahirkan anak sy yang ke dua pada 04/02/2013, namun belum membuat surat beranaknya kerana masalah kesihatan (angin beranak). suami sy pun jarang balik kampung. semua dokumen kelahiran, buku mengandung, hilang semasa kami berpindah tempat tinggal sy risau dan tak tau nak berurusan mcm mana