Harga Petrol Ron95, Ron97, Gas & Gula Naik!!


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

huh….naik je…bila plak nak turun?

petikan berita dari MALAYSIA KINI



Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi 4 Disember 2010. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

aduhai…ms gomen umumkan harga petrol RON97 naik..ibu x de rs apa sgt..sbb mmg keta pakai RON95 je..sbb kt sungkai tu..petronas cuma ada RON95 je..RON 97 shell ada la jual..tp sbb dah selesa guna petronas kan..lg pun jimat la sket..w/pun x ketara sgt…

ni bila RON95 dah naik lg 5 sen…mmg nak mengeluh jgk la..br je nak berjimat nga pakai kancil gi opis..dah harga naik..x jimat jgk la nnt…huhu..

ntahla..asyik naik je semua…cuma 1 je yg lambat naik..GAJI!! huhu..setahun br naik..tu pun baper puluh ingggit je…tp x pe la..syukur tetap kena syukur…

ps : skang di Labis, Johor..skejap lg nak gerak ke Kelantan…doakan perjalanan kami semua selamat ya…aaamin..



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
228 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments