Harga Jualan iPhone 7 dan 7 Plus Special Edition (Red Color) Di Malaysia


(Harga Jualan iPhone 7 dan 7 Plus Special Edition (Red Color) Di Malaysia)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apple Inc telah pun mengumumkan secara rasmi penjualan telefon pintar iPhone 7 dan 7 plus edisi istimewa yang berwarna merah. Wah!! cantik sungguh warna iPhone 7 edisi khas ini. Berkenan ibu. Untuk makluman, iPhone 7 Edisi Khas ini hanya dijual bagi kapasiti 128GB dan 256GB sahaja.

Sebagai peminat barangan Apple, kalau berkemampuan, memang nak sambar 1…haha…tapi cukup lah ada satu iPhone 6s Plus Rose Gold ini pun sudah ibu berpuas hati. Bagi yang berminat untuk mendapatkan iPhone 7 mahupun 7 plus, boleh lah berkunjung ke Apple Authorised Store / Reseller yang berdekatan. Harga jualan iPhone 7 dan 7 plus edisi khas adalah seperti berikut :-

iPhone 7 128GB (Warna Merah) = RM3,699.00
iPhone 7 256GB (Warna Merah) = RM4,199.00

iPhone 7 Plus 128GB (Warna Merah) = RM4,299.00
iPhone 7 Plus 256GB (Warna Merah) = RM4,799.00

Harga pun boleh tahan juga kan. Tapi yang paling menarik warna dan kapasiti storage tu. iPhone ibu yang hanya 16GB ini memang jauh beza. Tak cukup storage nak simpan gambar haha…

Menarikkan !! jadi apa tunggu beli..belilah..belikan ibu satu ya..heheh

 



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
565 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments