Harga iPhone 5 Di Malaysia & Pendaftaran Minat Pakej Tawaran Pelan Maxis, DiGi & Celcom

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Umum sudah mengetahui bahawa telefon pintar iPhone 5 akan mula berada di pasaran Malaysia pada 14 Disember 2012 nanti. Peminat-peminat jenama Apple dan iPhone sudah pasti tidak sabar untuk mendapatkan peranti mudah alih itu kan?

gambar iPhone 5

Suka untuk ibu kongsikan sedikit info mengenai harga iPhone 5 di Malaysia. Pihak Apple menawarkan iPhone 5 mengikut versi kapasiti storage seperti berikut :-

iPhone 5 (16GB)RM2,190.00
iPhone 5 (32GB)RM2,590.00
iPhone 5 (64GB)RM2,890.00

Bagi peminat-peminat iPhone 5 di Malaysi, pihak telekomunikasi Celcom, Maxis & Digi telah pun membuka tawaran pendaftaran minat bagi pakej-pakej pelan iPhone syarikat telekomunikasi masing-masing.

Maxis

Maxis menawarkan iPhone 5 melalui 4 pakej iaitu.

iValue 1 – RM100.00 (Komitment bulanan & 2GB qouta local mobile internet)
iValue 2 – RM155.00  (Komitment bulanan & 4GB qouta local mobile internet)
iValue 3 – RM250.00  (Komitment bulanan & 6GB qouta local mobile internet)
iValue 4 – RM 375 (Komitment bulanan & 10GB qouta local mobile internet)

Variasi pilihan kapasiti storage iPhone 5 dengan 16GB (RM2,190.00), 32GB (RM2,490.00) dan juga 64GB (RM2,790.00) turut ditawarkan. Bagi yang berminat dengan pakej tawaran dari Maxis, boleh membuat pra tempahan iPhone 5 di Maxis

DiGi

DiGi menawarkan iPhone 5 melalui tiga pakej berbeza, iaitu

iDiGi 88 – Komitmen bulanan sebanyak RM60.00 untuk pakej data,
iDiGi 138 – Komitmen bulanan sebanyak RM93.00 untuk pakej data,
iDiGi 238 – Komitmen bulanan sebanyak RM161.00 untuk pakej data.

Variasi pilihan kapasiti storage 16GB, 32GB dan juga 64GB disediakan. Bagi yang berminat dengan pakej tawaran dari DiGi, boleh membuat pra tempahan iPhone 5 di DiGI

Celcom

Pelan Celcom masih belum dikeluarkan buat masa ini (akan dikemaskini dari masa ke semasa). Boleh membuat pendaftaran minat di Celcom.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge