Gaji Minimum Pekerja Sektor Swasta

Assalamuaikum WBT & Salam Sejahtera

Wah…berita baik untuk pekerja sektor swasta bakal diumumkan pada hari Isnin depan..sure senyum lebar nnt..

image

Gaji Minimum Sektor Swasta Akan Diumum Isnin Depan

PUTRAJAYA: Gaji minumum untuk sektor swasta akan diumumkan secara rasmi oleh perdana menteri pada Isnin depan iaitu sehari menjelang sambutan Hari Pekerja.Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, pengumuman itu akan dibuat dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada jam 8 malam.Pihah pekerja dan majikan masing-masing telah bersepakat dengan jumlah gaji minimum yang dipersetujui itu.

Polisi gaji minimum itu dijangka membawa faedah kepada 3.2 juta pekerja dalam sektor swasta khususnya dalam sektor industri kecil dan sederhana yang mana sebahagian besarnya berpendapatan kurang dari RM700 sebulan.Mereka dikatakan mewakili 33% daripada jumlah keseluruhan pekerja swasta yang kini berada di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan RM763 sebulan.

Sumber : Kosmo Online

Ps : Pekerja gomen dah gumbira menerima tunggakan gaji bulan ni ;D

 1,002 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*