Gaji Kakitangan Awam Naik Tahun 2013?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

UPDATE : huhu..salah tafsir daa..x de la kenaikan gaji lain kecuali kenaikan gaji tahunan je..yang 2 – 5 % tu untuk kakitangan awam yang dah mencapai gaji maksimum…huhu so dalm 20% je daripada 1.4 juta kakitangan awam yang akan dapat kenaikkan itu..yeye..je happy semalam..hehe

Seronok pagi tadi baca akhbar Berita Harian mengenai gaji kakitangan awam bakal naik pada tahun 2013 nanti. Kenaikan pula dijangka sehingga 5%.

Walaupun kenaikkan tak ada la banyak mana, malah banyak lagi kenaikan gaji tahunan. Tapi, berita ini sangat-sangat mengembirakan ibu sebagai salah seorang kakitangan awam. Hilang rasa beban kerja yang dah berlebihan ni. Kadang-kadang rasa nak merungut juga dengan bos mengenai pembahagian tugas yang agak berat sebelah di kalangan rakan sekerja sejawatan. Tapi, bila diingatkan “saya yang menurut perintah”, beban kerja yang berlebihan, perlu ditanggung juga. Sekurang-kurangnya, bila ada kenaikkan gaji sebegini, semakin membuatkan semangat kerja itu lebih tinggi :D

Gaji naik tahun depan

gaji kakitangan awam naik 2013

Ayer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.

Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua,” Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

Nilai semula

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.



Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.
Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

CUEPACS sambut baik

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.

“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.

“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.

“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.

ps :  Ini satu berita gembira, ada lagi satu berita gembira :)


Related Posts:

About Ibu Mifzal Arsyad

Ibu Mifzal Arsyad - Seorang isteri & ibu berkerjaya serta pelajar & blogger separuh masa

4 Comments

  1. seronoknya :)
    elaun sy pun naik jugak..hehehe
    Jom baca entri terbaru di blog sara : Sorotan dan Video Adam Hawa Episode 41My Profile

  2. Kecewa betul sebab hanya untuk pekerja yang gajinya telah rapat ke dinding.. Hehe
    Jom baca entri terbaru di blog Hazmin Hamudin : Hand Phone BlackBerry Torch Aku Masuk HospitalMy Profile

  3. alhamdulillah rezeki penjawat awam, moga bekerja lebih semangat!! wah rumah baru ye ibu, nice!
    Jom baca entri terbaru di blog ajumohit : Daftar Online Borang BR1M 2.0My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge