Endless Love (Drama Filipina) Di TV3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

walaupun agak terlewat, suka untuk ibu kongsikan sinopsis drama terbaru Filipina yang telah diadaptasikan dari Drama Korea Autumn In My Heart. Drama bersiri ini dibintangi Dingdong Dantes sebagai Johnny Naas dan Marian Rivera sebagai dan Jenny, di bawah arahan Mac Alejandre. Waktu siaran bermula 9 April 2012, Isnin hingga Khamis , jam 3.00 petang sebanyak 38 episod.

SINOPSIS ENDLESS LOVE

Johnny dan Jenny membesar sebagai abang dan adik. Kehidupan mereka berubah secara drastik apabila Jenny mengetahui bahawa dirinya bertukar dengan adik kandung Johnny yg bernama Shirley sewaktu dilahirkan, mereka dipisahkan. Keluarga Johnny telah berhijrah ke luar negara dan pulang ke negara selepas sedekad. Johnny dan Jenny bertemu kembali tetapi Johnny sudah bertunang manakala Jenny dicintai oleh Andrew.
Andrew seorang pemuda yang nakal dan juga pemilik hotel tertarik dengan kecantikan Jenny, dan merasakan Jenny lah gadis yang sejati yang telah berjaya mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Namun, masalah mula timbul apabila Johnny dan Jenny tidak dapat membendung perasaan rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara Jenny dan Johnny kini bertukar menjadi cinta. Johhny serba salah kerana dia sudah mempunyai tunang dan berusaha untuk menyembunyikan perasaan cintanya kepada Jenny. Manakala Jenny juga sudah ada Andrew.

Jenny menghidap luekimia, akhirnya semua yang pernah memusuhi Jenny telah mula menyayanginya termasuk Shirley. Johnny dan Jenny akhirnya berkahwin dan Jenny menderita penyakit luekimia meninggal dunia. Jenny sempat meninggalkan surat kepada Johnny, ibu bapa angkat dan ibu bapa kandungnya. Semasa pengebumian Jenny, mereka membaca surat yang ditulis oleh Jenny.

sumber : Nurizspace

ps : kawan ibu cakap..citer ni best..ibu lum berkesempatan lg nak tgk.. hehe

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



8 Comments

  1. jarang sangat dpt tengok tv waktu siang, kerja kan, kalau kena public holiday pun kekadang tak merasa jugak, jadi dah lama sangat tak ikut cerita2 luar ni,

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge