Drama Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Drama terbaru di slot Akasia TV3 yang akan menggantikan drama Cinta Itu Milikku bermula 24 Disember 2012 ini. Drama 28 episod ini dilakonkan oleh Ryzal Jaafar, Nelydia Senrose, Hairul Azreen dan Amar Asyraf. Setia Hujung Nyawa ini diadaptasi dari pada novel nukilan Fatin Nabila.

drama baru slot akasia tv3

Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa

setia hujung nyawa(2)

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

ps : peminat drama melayu..jangan lupa saksikan drama ini. sinopsisnya best 🙂

 1,878 jumlah dibaca,  4 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*