Drama Bukan Bidadari Di Slot Lestary TV3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Drama Bukan Bidadari merupakan drama terbaru yang akan menghiasi slot Lestary di TV3 bakal ke udara pada 19 Jun 2012 ini. Drama ini dilakonkan Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal, Azlee Khairi, Sara Ali, Fiza Halim, Zuhairi Ibrahim, Muniff Isa, Azhar Sulaiman, Liza Zain, dan Wan Raja.

Sinopsis Drama Bukan Bidadari

Nas merupakan seorang gadis yang manja, kaya dan sempurna. Keadaannya berubah setelah ayahnya meninggal dunia dalam nahas kapal terbang. Selepas kematian bapanya, kehidupan Inas tidak stabil. Inas terpaksa memikul hutang bapanya. Pada masa yang sama, dia perlu menjaga ibunya Puan Hani yang dilanda kesedihan.

Untuk menyelesaikan masalah keluarganya, Puan Hani menyuruh Inas berkahwin dengan Arif, seorang lelaki yang kaya. Tetapi malangnya, Arif seorang lelaki yang kasar dan suka menyakiti Inas. Dugaan sering menimpa Inas sehingga Arif dilaporkan terbunuh dalam suatu kejadian ngeri. Inas mula merasakan kebebasan tetapi kebebasan itu hanya sementara apabila Arif kembali dan sebenarnya dia tidak meninggal dunia.

sumber sinopsis : EDtv

ps : ada ke masa nak tgk ni? hmm

 1,853 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*