Dividen Tabung Haji (TH) Bagi Tahun 2012


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Teruja juga ibu, bila mendapat tahu maklumat mengenai peratus pemberian dividen Tabung Haji bagi tahun 2012.

Montaj TH

Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan dividen tabung haji sebanyak 8 % bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 iaitu merangkumi dividen tahunan sebanyak 6.5 % dan dividen khas Jubli Emas sebanyak 1.5 %. Khabarnya antara peratusan yang tertinggi dalam pemberian dividen oleh Tabung Haji.

Wah!! Sengih lebar lah para penyimpan dan pendeposit Tabung Haji. Ibu, Abah Mifzal & Mifzal Arsyad juga antara pendeposit Tabung Haji. Tetapi, simpanan kami tiga beranak ini tak adalah banyak mana pun :p

Ibu, sudah pun membuat arahan tetap pemotongan gaji ibu ke akaun Tabung Haji ibu dan Mifzal Arsyad. Senang kalau buat simpanan melalui potongan gaji ini. Tidak perlu beratur di kaunter setiap bulan.

Insya Allah, ada niat nak daftarkan haji nanti. Nak daftar haji kena la ke kaunter jua πŸ™‚



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
425 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


11 Comments