Darjah Satu, Anak Ibu Dah Besar!

Alhamdulillah, sedar tak sedar, anak manja ibu nan seorang ni sudah masuk darjah satu bagi sesi persekolahan tahun 2015. Hari Rabu lepas (31 Disember 2014) merupakan hari pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak yang akan memasuki tahun satu di Sekolah Kebangsaan. Pada hari tersebut juga diadakan Ujian Pengesanan bagi menentukan kelas murid-murid tahun satu yang didaftarkan. Seramai 80 lebih murid-murid tahun 1 berdaftar di SK tersebut bagi tahun ini termasuklah anak ibu, Mifzal.

darjah satu
Anak Ibu

Ketika ujian pengesanan diadakan, hati ibu risau juga, Mifzal antara murid-murid yang lambat menyiapkan ujiannya. Kawan-kawannya dah ramai yang siap. Sebenarnya ibu, tak adalah kisah sangat Mifzal ditempatkan dikelas mana. Kelas pertama ke kedua atau ketiga. Ikut kemampuan dia lah kan.

BACA INI :Daftar Pra Sekolah & Darjah Satu Di Sekolah Kebangsaan :

Namun, ada juga ibu bapa yang kalau boleh tak nak lah anak mereka ditempatkan di kelas yang akhir. Bagi ibu pula, masih terlalu awal untuk menentukan tahap kemampuan mereka yang sebenar. Yang penting, anak-anak dapat belajar dengan selesa. Dan, Ibu ada juga berborak dengan guru-guru tahun 1 di sekolah tersebut. Bagi mereka, adalah perlu untuk menentukan tahap kemampuan murid-murid tahun 1 di peringkat awal kerana murid-murid akan di tempatkan di kelas yang bersesuai dengan kemampuan mereka dan guru-guru akan dapat mengajar dan memberi lebih tumpuan kepada murid-murid mengikut tahap masing-masing. Betul juga tu!!

Alhamdulillah, rezeki Mifzal, dapat ditempatkan di kelas pertama. Ibu pun tak sangka :D. Tahniah Adik!!

Ibu : Adik dapat masuk kelas pertama, kelas 1 Pintar.
Mifzal : Ibu bangga ke saya dapat kelas pertama.
Ibu : Banggalah! sayang anak ibu.
Ibu & Anak berpelukkan.

darjah satu
Ibu dan Anak

 2,261 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*