Darjah Satu, Anak Ibu Dah Besar!


(Darjah Satu, Anak Ibu Dah Besar!)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, sedar tak sedar, anak manja ibu nan seorang ni sudah masuk darjah satu bagi sesi persekolahan tahun 2015. Hari Rabu lepas (31 Disember 2014) merupakan hari pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak yang akan memasuki tahun satu di Sekolah Kebangsaan. Pada hari tersebut juga diadakan Ujian Pengesanan bagi menentukan kelas murid-murid tahun satu yang didaftarkan. Seramai 80 lebih murid-murid tahun 1 berdaftar di SK tersebut bagi tahun ini termasuklah anak ibu, Mifzal Arsyad.

persekolahan tahun 1

Ketika ujian pengesanan diadakan, hati ibu risau juga, Mifzal Arsyad antara murid-murid yang lambat menyiapkan ujiannya. Kawan-kawannya dah ramai yang siap. Sebenarnya ibu, tak adalah kisah sangat Mifzal Arsyad ditempatkan dikelas mana. Kelas pertama ke kedua atau ketiga. Ikut kemampuan dia lah kan.

Namun, ada juga ibu bapa yang kalau boleh tak nak lah anak mereka ditempatkan di kelas yang akhir. Bagi ibu pula, masih terlalu awal untuk menentukan tahap kemampuan mereka yang sebenar. Yang penting, anak-anak dapat belajar dengan selesa. Dan, Ibu ada juga berborak dengan guru-guru tahun 1 di sekolah tersebut. Bagi mereka, adalah perlu untuk menentukan tahap kemampuan murid-murid tahun 1 di peringkat awal kerana murid-murid akan di tempatkan di kelas yang bersesuai dengan kemampuan mereka dan guru-guru akan dapat mengajar dan memberi lebih tumpuan kepada murid-murid mengikut tahap masing-masing. Betul juga tu!!

Alhamdulillah, rezeki Mifzal Arsyad, dapat ditempatkan di kelas pertama. Ibu pun tak sangka :D. Tahniah Adik!!

Ibu : Adik dapat masuk kelas pertama, kelas 1 Pintar.
Mifzal Arsyad : Ibu bangga ke saya dapat kelas pertama.
Ibu : Banggalah, sayang anak ibu.
Ibu & Anak berpelukkan.

gambar ibu dan anak waktu sekolah



Jom Kongsi!

Related Posts:

166 Dibaca

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


4 Comments