Dapat Voucher RM150 Dari Pakcik Google

Mesti kawan-kawan pun ada ada dapat kan? Terkejut juga ibu apabila terima surat daripada Pakcik Google ini. Ingatkan ada surat warning fasal adsense. Haha. Bimbang tau, bimbang sumber kewangan pasif ibu yang tak seberapa itu disekat pula. Tetapi rupa-rupanya bukanlah surat warning tetapi, Pakcik Google bagi percuma. Ibu dapat voucher RM150 dari Pakcik Google. Kebetulan ketika dapat surat tersebut, Abah Mifzal yang terima. Dia lihat dan baca surat itu. Katanya, voucher ini ramai blogger yang dapat.

Dapat Voucher RM150 Dari Pakcik Google
Surat Pakcik Google

Pakcik Googke promote Google Adwords untuk digunakan secara percuma oleh blogger untuk promosikan blog blogger melalui iklan Google. Wah! ini sudah sangat bagus. Boleh promote blog ibu nanti. Haha

Bila ibu sendiri baca isi dalam surat itu, fahamlah ibu yang apa yang ibu dapat itu adalah yang ibu boleh iklankan bisnes ibu secara percuma dengan nilai voucher sebanyak RM150.00. Tetapi voucher ada tempoh expire. Dan, ia perlu digunakan sebelum 30 Oktober 2010. Jika tidak menggunakannya di dalam masa yang ditetapkan, nilai RM150.00 akan turun kepada RM100.00. Haha, kelakar pula Pakcik Google ini. Itu rupanya syarat-syaratnya. Tapi, baguskan Pakcik Google ini bagi blogger voucher free. Kalau kena bayar, sayang juga nak laburkan RM150.00. Ya lah, blogging hanya sampingan sahaja. Kos hosting juga sudah mahal, nak keluar duit untuk iklan, mungkin tidak kalau bagi ibu. Hehe.

Dapat Voucher RM150 Dari Pakcik Google

Isi Surat Pakcik Google

Patutlah, banyak juga iklan yang muncul di blog ibu ini iklan Adsense yang simple sahaja. Ibu kira, mungkin mereka menggunakan voucher ini ataupun menggunakan iklan yang dicaj rendah. Rasanya mesti mahal juga pakej untuk iklankan bisnes di Google Adsense kan.

 1,501 jumlah dibaca,  4 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

  1. ada beberapa orang dah dapat tapi dni musykil juga ni. macam mana pihak google boleh dapat details dan pos voucher tu ye kak… teringin nak tahu. dia email dulu ke nak kasi voucher tu minta alamat.. dni nak jugak 😀

    • akak rasa..blogger yg dpt ni ada akaun google adsense rsnya..akak ada tp x guna pun..sbb detail alamat tu akak bagi untuk payment google adsense..tp x sure la..sbb akak pun x tau sgt..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*