Dalam Kelas

Rutin bulanan kembali lagi. Pertemuan ketiga bersama pensyarah pada minggu ini. 4 kelas semuanya.. 3 kelas sudah berlalu..sambil menunggu di dalam kelas untuk kelas keempat..ibu ber live blogging dulu la. 😉

kelas

Gambar itu kawan sekelas yang ambil. Ibu kalau dalam kelas memang suka duduk di hadapan..al maklum lah mata sudah rabun..yang anak panah itu ibu lah.

Situasi kelas bagi kelas separuh masa PJJ UUM amat berbeza dengan kelas sepenuh masanya. Kelas kami kebiasaannya diadakan pada hujung minggu sahaja kecuali ketika final exam yang memerlukan peperiksaan di adakan pada hari bekerja. Pelajar pula rata-ratanya sudah dewasa dan berumur. Pelajar paling tua di dalam kelas ibu kalau tak silap umurnya 55 tahun. Tetapi semangat ingin maju dalam pelajaran sangat ibu respect.

Apa pun, lega dah lepas kuiz dan mid term exam ..kelas malam tiada exam. Boleh rileks sikit 😀

ps : x sabar nak habis kelas. Nak balik jumpa buah hati.

 1,868 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*