Dah Ada Kad Diskaun 50% – Kad Komuter 1Malaysia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Diskaun 50% Kad Komuter 1Malaysia

Pada pengguna KTM Komuter, dah dapatkan kad Komuter 1Malaysia dah? Ibu dah apply dah…dan selamat dah merasmikan kad tersebut ketika berulang alik ke Kuala Lumpur ketika  final exam minggu lepas.

Okay la..terasa jugak menjimatkan, sebab ada potongan 50%. Biasa tambang dari Tanjong Malim ke KL Sentral sehala RM7.00, jadi bila dah dapat diskaun dapat la tambang RM3.50 sahaja.. seminggu berulang alik, kalau tak ada diskaun, agak perit juga. 😀

Kad Diskaun Komuter 1Malaysia

Pada pengguna komuter yang belum dapatkan kad ini, boleh dapat kan sekarang. Tak susah pun procedure nak dapatkan kad ni. Boleh dapat kad ni time apply tu jugak..just isi borang dan kepilkan bersama salinan kad pengenalan. Tak perlukan slip gaji pun. Bayaran RM1 dikenakan bagi caj kad.

Kaunter juga dibuka di stesen-stesen komuter yang terpilih seperti Stesen Komuter Tanjung Malim, Kepong Sentral, Sentul, KL Sentral, Subang Jaya, Bangi, Sungai Gadut dan Bank Negara. Kaunter ini dibuka jam 10.00 Pagi – 8.00 malam bagi tempoh 21 Oktober – 21 November 2012 sahaja (bagi kaunter di stesen-stesen komuter yang terpilih seperti di atas). Selepas dari itu, kad hanya boleh di apply di kaunter Stesen Komuter di KL Sentral sahaja.

Permohonan secara online juga boleh dibuat. Sila klik link INI

Kad ini boleh digunakan sepanjang tempoh bermula 1 November 2012 sehingga 31 Oktober 2013

Ibu apply hari tu dekat Stesen Komuter Tg. Malim. Sekejap je beratur sebab tak ramai pun orang.

ps : seronok sebab dapat jimat duit tambang 😀

 1,277 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*