Cek Terakhir Nuffnang?


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minggu lepas, ibu ada menerima sekeping cek daripada Nuffnang. Mungkin cek yang terakhir daripada Nuffnang barang kali kerana sekarang ini, ibu sudah tidak memaparkan iklan Nuffnang di blog ini. Sudah beralih arah kepada Komli Media. Status keahlian Nuffnang pun sudah tidak Geli-Geli lagi.

cek nuffnang

Sebenarnya, bukan mahu membuang terus Nuffnang ini, Eh! banyak jugak jasanya. Merasa jugalah pendapatan daripada blog melalui Nuffnang. Bukan lupa terus, cuma buat masa ini mahu bereksperimentasi dengan Komli Media.

Earning Komli masih sedikit. Sudah hampir 3 bulan memasang iklan Komli. Walau pun dapat banyak iklan Komli yang jenis CPM tetapi tidak banyak membantu. Lagi pun, prestasi blog sudah merudum tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Sudah malas untuk mengejar trafik kerana komitmen sudah makin bertambah. Tidak dapat memberi banyak tumpuan kepada blog lagi 🙁



Jom Kongsi!

Related Posts:

384 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


10 Comments

    1. susah nak jawab ni..sbb masing2 ada kelebihan..tp komli mmg byk bagi iklan jenis CPM (contoh mcm sy ada lebih 40 iklan cpm tgh running) tapi sbb trafik kurang..x masyuk la nilainya…kalau trafik sehari beribu-ribu mungkin br nmpk nilai duitnya..