Mencuba Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold


(Mencuba Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setelah 4 bulan mengguna produk Bio Essence Tanaka White, ibu beralih kepada produk penjagaan wajah Safi Rania Gold. Beralih bukan kerana Bio Essence tidak sesuai dengan wajah ibu tetapi sejak Bio Essence keluarkan produk Tanaka White + Camelia, ibu lihat harganya juga naik. Makin mahal tak mampu la pula nak maintain. Banyak juga bezanya. Kalau dulu krim malam or siang baru RM30.00 lebih. Tapi sekarang hampir cecah RM60.00 sebekas. Serum lagi mahal. Dulu rasanya dalam RM70.00 lebih sahaja tetapi sekarang hampir RM100.00 sebotol. Aduhai mahal sungguh 🙁 Jadi ibu decided untuk mencuba set penjagaan wajah yang harganya affordable. Safi Rania Gold jadi pilihan ibu.

rangkaian produk penjagaan wajah safi rania
Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold

Okay, sebenarnya ibu pernah mengguna produk Safi Rania Gold ini 6 tahun lepas. Sebab ibu berhenti guna ibu tak ingat tapi biasalah ibu ni memang suka-suka tukar produk. Konon nak try tetapi susah nak maintain. Jenis sekejap pakai sekejap tak..hehe nasib muka tidak meragam. TAPI kali ini, ibu nak cuba untuk maintain pakai dan hopefully sesuai lah dengan kulit muka ibu.

Baca Lagi



Senaman Terbaik Untuk Penyakit Asma

(Senaman Terbaik Untuk Penyakit Asma)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tika Mifzal masih kecil, dalam lingkungan umur 3-5 tahun, agak kerap juga diserang sesak nafas. Pernah juga ibu kongsikan di blog ini, rintihan ibu bila Mifzal, kesayangan ibu terpaksa mengambil nebulizer kerana susah hendak bernafas. Kerap terjadi jikalau Mifzal menghidap selesema dan batuk. Ibu perasan yang Mifzal alah dengan cuaca sejuk. Sekarang, Alhamdulillah, Mifzal sudah jarang mengalami sesak nafas atau asma. Last kena masa Mifzal darjah 2. Mungkin betul, penyakit ini akan menghilang bila pesakit meningkat umur.

asma dan kanak-kanak

Ibu ada terbaca info di facebook terdapat senaman yang boleh menghindarkan atau mengurangkan kekerapan serangan asma. Boleh ibu praktikan untuk Mifzal. Walaupun sekarang ini, sudah jarang Mifzal kena sesak nafas, tapi ibu masih belum boleh menarik nafas lega. Setiap kali Mifzal selesema dan batuk, hati ibu masih sangat risau. Jadi, untuk manfaat bersama, ingin ibu kongsikan info yang ibu perolehi di facebook ini. Senaman terbaik untuk penyakit asma. Ada 4 jenis senaman yang elok diamalkan. Ini boleh menghidari penyakit ini daripada kerap menyerang. Lihat Mifzal dulu menarik nafasnya sahaja, ibu sudah rasa seksa apatah jikalau sendiri mengalaminya. Ibu juga ada sejarah penyakit  ini semasa kecil. Mujur tidak kronik.

Baca Lagi

Tips Berpuasa Bagi Wanita Hamil

(Tips Berpuasa Bagi Wanita Hamil)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tidak lama lagi, umat Islam akan menunaikan ibadah berpuasa pada bulan Ramadhan. Bagi tahun 2017 ini, kita dijangka akan mula berpuasa pada 27 Mei 2017 (Jumaat). Bagi wanita hamil, pasti juga tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama menunaikan ibadah wajib ini. Namun, terdapat pengecualian yang dibolehkan bagi wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi di dalam kandungan. Sebaiknya minta pandangan doktor terlebih dahulu.

ibu hamil

Bagi wanita hamil yang masih ingin dan mampu berpuasa, terdapat beberapa tips dan persiapan yang boleh dibuat bagi memastikan badan kekal bertenaga dan untuk mengelakkan kekurangan tnutrien yang sepatutnya digunakan oleh bayi di dalam kandungan.

Tips Berpuasa Bagi Wanita Hamil

Baca Lagi