Aplikasi MediQuest Untuk Semak Produk Berdaftar Dengan KKM


(Aplikasi MediQuest Untuk Semak Produk Berdaftar Dengan KKM)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini, heboh mengenai produk-produk komestik dan penjagaan wajah seperti Tati Skincare, Moleek Skincare dan lain-lain lagi yang mengandungi racun berjadual yang dikatakan produk-produk ini merupakan krim timbang kilo yang sebenarnya dibungkus semula dan dijenamakan untuk pasaran tempatan. Umum sudah mengenai tentang bahaya produk-produk yang mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan sebagainya. Produk-produk seperti ini sememangnya patut dielakkan dari digunakan kerana ia boleh memberi kesan jangka masa pendek dan panjang yang tidak baik kepada pengguna. Jangan hanya fikir hendak cantik sahaja kan. Pengasas produk-produk kecantikan dan kesihatan juga sepatutnya tidak hanya mengejar untuk dapat keuntungan berjuta sampai mengabaikan aspek keselamatan pengguna.

aplikasi semak produk berdaftar dengan kkm

Telah timbul kesedaran di kalangan orang awam yang sekarang ini lebih berhati-hati dalam membeli produk-produk kecantikan mahupun kesihatan agak tidak membahayakan diri sendiri. Dan, kini lebih mudah untuk kita sebagai pengguna  menyemak produk dan ubat yang telah berdaftar secara online. Aplikasi MediQuest dibangunkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini boleh dimuat-turun secara percuma oleh pengguna telefon pintar iPhone dan juga Android. Aplikasi MediQuest membolehkan kita sebagai pengguna untuk menyemak maklumat seperti berikut :-

Baca Lagi



Produk Tati Skincare & Moleek Skincare Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

(Produk Tati Skincare & Moleek Skincare Dikesan Mengandungi Racun Berjadual)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi mengesa orang awam untuk mengelakkan daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

produk tati dan moleek skincare beracun

1. Tati Skincare Night Cream (NOT150200975K)
2. Tati Skincare Treatment Cream (NOT150200974K)
3. Moleek Anti Pigment Cream ((NOT150700326K)

Gesaan ini adalah kerana produk-produk tersebut telah dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Merkuri, Hydroquinone dan Tretinoin.  Maklumat lebih lanjut adalah seperti di dalam jadual di bawah :-

Baca Lagi

UPDATE : Senarai Produk Kosmestik Yang Dikesan Mempunyai Racun Berjadual

(Senarai Produk Kosmestik Yang Dikesan Mempunyai Racun Berjadual)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mengikut laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

kosmetik mengandungi produk berbahaya

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

ps : Senarai produk akan dikemaskini dari masa ke semasa

Tahun 2017

Baca Lagi

Mengira Waktu Subur Wanita

(Mengira Waktu Subur Wanita)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu ingin berkongsi info mengenai kitaran waktu subur wanita. Info ini sangat penting sebenarnya, sekiranya anda merancang untuk hamil. Tidak semua wanita mempunyai kitaran haid yang teratur. Jadi, dengan mengenai ilmu ini, ia dapat membantu untuk memberikan peluang yang lebih besar untuk hamil. Kehamilan merupakan anugerah terindah di dalam hidup seorang wanita. Insya Allah, dengan izin-Nya, moga dapat merasa pengalaman itu lagi. Selain itu, ilmu ini juga dapat digunakan sekiranya pasangan mahu menjarakkan kehamilan. Sebelum mengetahui ilmu berkaitan dengan waktu subur wanita, moleklah kiranya difahami terlebih dahulu info mengenai kitaran haid.

mengira waktu subur

Kitaran Haid

Di dalam keadaan normal, secara puratanya, kitaran haid wanita berlaku setiap bulan iaitu 28 hingga 30 hari. Setiap wanita mempunyai kitarannya sendiri, Ada yang kitarannya 25 hari dan ada juga  yang lama sehingga 35 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini iaitu :-

Hari 1 Hingga 4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Baca Lagi

Demam Bengkak Tonsil : Punca dan Rawatan

(Demam Bengkak Tonsil : Punca dan Rawatan)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Aduhai, 5 hari tidak berblog. Cuti sekejap gara-gara ibu mengalami demam bengkak tonsil. Sakitnya tekak, nak menelan bukan main susah. Nak telan air liur pun sakit sahkan nak telan makanan. Yang geramnya, walaupun demam selera makan tetap ada. Sudahnya tak dapat nak makan lebih sebab perit tekak nak menelan. Kebelakangan ini, kerap juga ibu demam akibat tonsil bengkak. Mujur kali ini, demam tak teruk. Suhu pun antara 37.9 hingga 38.4 darjah celcius turun naik. Ke klinik dapat lah sehari cuti sakit. Dapatlah berehat di rumah walaupun sekejap. Sebenarnya, ibu mengalami bengkak tonsil ini ketika ibu bercuti di kampung halaman ibu di Kelantan.

demam bengkak tonsil

Oleh kerana ibu agak kerap mengalami demam bengkak tonsil ini, ibu adalah juga google info yang berkaitan dengan tonsilitis atau demam bengkak tonsil ini.

Apa itu Bengkak Tonsil atau Tonsilitis?

Tonsil adalah merupakan 2 nodus limfa yang berada di dalam mulut iaitu di bahagian belakang tekak. Fungsi tonsil ini adalah untuk menghalang bakteria dalam badan kita. Tonsilitis pula bermaksud apabila tonsil tersebut dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus). Tonsilitis sebenarnya tidak berbahaya kerana ia menunjukkan sistem immune badan sedang berfungsi dengan baik. Namun jika selalu mengalami tonsilitis, Ia bermaksud immune dalam keadan lemah kerana sering diserang penyakit.

Punca Bengkak Tonsil

Baca Lagi