Tahniah! Pingat Pertama Malaysia Di Sukan Olimpik Rio 2016


(Tahniah! Pingat Pertama Malaysia Di Sukan Olimpik Rio 2016)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seperti yang telah kita ketahui, Sukan Olimpik 2016 yang diadakan di Rio De Janeirio, Brazil bermula 5 – 21 Ogos 2016. Malaysia turut menyertai sukan berprestij ini. Dan, semalam, kita telah mendapat perkhabaran gembira di mana Malaysia telah memenangi pingat pertama iaitu pingat perak melalui penerjun Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform berirama wanita.

pingat pertama malaysia di olimpik rio 2016

Pingat perak itu berjaya dimenangi oleh pasangan tersebut setelah mereka berjaya mengutip mata sebanyak 344.34 mengatasi pasangan penerjun dari Canada yang mengutip mata sebanyak 336.18, manakala pingat emas acara itu dimenangi oleh pasangan dari China dengan kutipan mata 354.00.

Baca Lagi



Seronok Tengok Hoki Di Stadium

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

“Ibu, seronoknya tengok hoki di stadium. boboy nak tengok lagi.” 

Itu ayat anak teruna ibu selepas habis menonton perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak pada Sabtu (9 Mac 2010) lepas. Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Korea.

20130309_201639

Bukan anak sahaja yang seronok, ibu dan Abah Mifzal pun turut rasa seronok. Bersemangat masing-masing menyokong pasukan negara. Mujur kemenangan buat Malaysia. Memang pemain-pemain pasukan negara bermain dengan baik. Malaysia mengatasi Korea dengan 3 – 2.

Baca Lagi