Berkebun!


(Berkebun!)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini bukan hobi ibu ya, tapi hobi Abah Mifzal. Semangat Abah Mifzal berkebun di rumah baru kami. Hari-hari duk fikir, nak tanam pokok apa. Semestinya pokok yang membuahkan hasil. Kalau setakat pokok hiasan, boleh tengok sajalah kan. Laman rumah pun tak adalah besar sangat, jadi tak banyak pun pokok atau tanaman yang boleh ditanam. Namun, untuk permulaan ini, pokok-pokok yang kami baru tanam adalah seperti pokok mangga epal, longan, limau, betik dan pisang emas.

berkebun
Pokok Mangga Epal, Limau Kasturi dan Longan

Bila dah tanam pokok ni, tak sabar pula nak makan hasilnya…haha..lambat lagi tu. Sayur-sayur pun ada juga kami tanam. Sayur-sayuran terpilih. Yang selalu digunakan dalam masakan seperti cili padi, cili merah besar, serai, dan kucai. Dalm gambar tu, ada pasu yang kecil kan.. itu yang Mifzal Arsyad tanam. Mula-mula katanya hendak tanam kacang peas..hehe..mana ibu nak cari benih..lepas dipujuk, katanya hendak tanam cili…hehe..

Baca Lagi



2 Cerita

(2 Cerita)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lamanya blog ini terbiar. hampir 6 bulan tanpa cerita baru. Sungguh mood berblogging ke laut. Tak dapat dicari. Apa ya nak dikongsikan? Menggaru kepala ibu. Bukan tak ada cerita. Cerita tu ada tapi nak memulakannya itu aduhai, malasnya!

Ibu ada 2 cerita gembira yang ingin ibu kongsikan di blog kesayangan ini bersama-sama pembaca semua. 😀

Pertama

Majlis Konvokesyen UUM ke 28

Akhirnya, bebanan belajar ibu sudah habis. Result peperiksaan semester akhir juga sudah pun keluar pada 16 Jun 2012 yang lalu. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepada Allah SWT, impian ibu dalam pelajaran akhirnya tercapai. Akhirnya, ibu berjaya menamatkan pengajian ibu dengan keputusan yang ibu kira agak cemerlang. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat untuk ibu meneruskan perjuangan ini sehingga berjaya. Dalam tempoh 4 tahun lebih ini, pelbagai kenangan pahit manis dan cabaran yang ibu hadapi. Namun, berkat doa kalian, akhirnya ibu bergelar graduan. Insya Allah, Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia yang ke-28 akan diadakan pada 24 – 28 Oktober 2015 nanti.

Baca Lagi

Progress Terkini Rumah Idaman

(Progress Terkini Rumah Idaman)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hujung minggu baru-baru ini, ibu dan keluarga ke Taman Bidor Damansara untuk melihat progres terkini rumah idaman kami. Dah hampir 90 % siap. Teruja, walaupun progress agak lambat. Konon siap sebelum raya tahun ini tinggal mimpi je lah.

gambar rumah
Gambar Hadapan Rumah

Aduhai hati, tidak sabarnya. Sedikit lega kerana progress nya tidak selambat dulu. 10 % lagi kerja-kerja pembina sebelum kunci dapat diserahkan. Ops..sebelum itu tempoh untuk dapatkan CCC (CF)  pula tidak ibu tahu berapa lama nanti masa akan diambil. Ibu agak, mungkin tahun hadapan baru betul-betul dapat pindah sini kot, hopefully.

Baca Lagi