Assignments & Mid Term Exam


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

dah lama x cerita pasal study ibu..last buat entry masa hujung bulan Julai rasanya…sedar2 x sedar dah nk pertemuan ke-3 dah sem Julai ni…meaning next week ada mid term…huhu..bila pikir pasal mid term ni mmg kecut perut sbb persediaan non ado…tambah lagi 4 assignment yg nak kena hantar..huhu…masih byk lagi yg belum siap..baru buat 3 assignment..tu pun x finalised lagi..

ntah lah..semester ni, ibu rs mcm teruk je…semangat nak study tu cam ke laut je..bila buka buku nak baca..mood hilang…bila on pc nak buat assignment..mood hilang n idea x dak..yang peliknya..mood berblogging berkobar2..huhu…ada je benda yg halang bila nak study or buat assignment (alasan..hehe)

takut ni..tp persediaan sambil lewa jugak..bila la ibu ni nak berubah..suka buat kerja last minit n main2 ms study…huhu…

mungkin penyebabnya ibu byk faced cabaran semester ni..rs mcm masih x leh adapt je lg..bila ada kelas..mcm2 pikir..penginapan la..pengangkutan lah..perbelanjaan lah…selain dari assignment n periksa…huhu..

Ya Allah, permudahkan lah untuk hamba-Mu ini menuntut ilmu..

risau plak bila memikirkan beratnya nak maintain result sem lepas..tp kalau nak berjaya dengan cemerlang..mmg la kena berkorban kan..ibu mmg sedar dr mula2 nak apply sambung study lg..bila ambil PJJ ni  mmg cabaran lebih dari belajar full time..mana nak pikir keje lagi..keluarga lagi..study lagi..TAPI kalau org lain boleh buat..ibu pun boleh buat juga!!..semangat itu perlu ada utk terus dlm perjuangan ni.. 🙂

ps : Ibu, yakin boleh!! Gambatte Atashi!!

 

Buat Take Home Quiz

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru ibu perasan, yg blog ni dh x berupdate beberapa hari..since ujung minggu sebab ibu sibuk nga kelas..dh abis kelas plak mood ke laut…masih nak menyesuaikan diri dgn jadual baru..huhu

Skang ni time opis hour kan…tp ibu x dpt nak siapkan kerja sbb line internet kat opis ibu problem..keje ibu ni memerlukan ibu access maklumat peserta program secara online..dh x leh online cemana nak buat keje…so ibu ambik masa update blog lah..aci x? N sesambil buat take home quiz..hehe..aci lah…boleh la..boleh la..

Semester ni ibu ada 11 assignment n quiz yg nak buat n 2 presentation..huhu banyak x? Mmg nak kena siapkan wal n on time..x mau kelam kabut mcm semester lepas..

So now..ibu nak sambung wat take home quiz la..hehe..(Mode : busy..ihik)

take home quiz

take home quiz 2

jadual assignment

Posted with WordPress for BlackBerry

Pendaftaran Semester Julai 2011/2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ni ibu cuti tanpa rekod (CTR)..pagi2 lagi selepas subuh, ibu drive ke Stesen KTM Tanjong Malim..dengan menaiki Komuter ke KL Sentral, LRT Putra ke Masjid Jamek, LRT Star ke Maluri dan menaiki teksi ke IPB KL iaitu Pusat Pembelajaran PACE (Profesional And Continuing Education) di Kuala Lumpur, ibu sampai tepat jam 10.15 pg…

Memula agak terkejut ibu sbb suasananya agak meriah..ramai student senior n yg sama batch nga ibu duk beratur panjang nak daftar course…ibu expect yg org x ramai sgt n leh selesai awal urusan pendaftaran..al-maklumlah nak bergegas balik semula ke Sungkai kan..esok baru ibu bermalam di sana..tp mujur jugak..urusan x lama..dlm jam 11.45 pg..urusan ibu selesai…so dapat la modul pengajian untuk semester ini (Gambar)..

Tak seperti universiti lain yg menyediakan buku modul kepada pelajar tetapi UUM hanya membekalkan beberapa keping CD bergantung kepada jumlah subjek yang diambil oleh student…Ibu agak kecewa sebenarnya kerana hanya mendapat CD sahaja..untuk semester ini ibu dapat 4 keping CD bersamaan dgn 4 subjek..1 subjek lagi x dibekalkan CD kerana subjek tu mengguna-pakai modul semester lepas dan tiada peperiksaan akhir…

Ibu lebih suka jika dapat buku terus..x de la student perlu bersusah payah n agak membuang masa utk mencetak modul utk dijadikan buku..x seronok jika hanya membaca modul di skrin PC or Laptop sebab nak jugak menconteng2kan buku..menulis n meng’highlight’ nota2 penting…bukan setakat leceh nak print balik..tp ia juga melibatkan kos mencetak..mujur ibu pakai printer yg dh di modified..kalu x botak pala asyik kena beli catridge..dah la mahal..huhu..

Perkara ini selalu dibangkitkan oleh pelajar2 yg x berpuas hati dengan keadaan ini..MPP juga telah menyuarakan rungutan pelajar kepada pihak pengurusan tp penggunaan CD modul mmg telah diputuskan oleh senate..so x leh buat apa la..haishhh..agak frust sbb satu subjek kena bayar dlm RM450..x kan la leh x sediakan buku..hmmm..

Gambar : Modul2 pengajian PLK UUM

CD Modul

Posted with WordPress for BlackBerry