4GB Memang Tidak Cukup

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terpaksa upgrade plan juga akhirnya. Letih tiap-tiap bulan asyik habis qouta dan kena top up saja. Al-maklum lah, pengguna internet tegar :p. Ini kisah plan internet YES 4G yang ibu langgan tidak lama dulu. Ibu baru sahaja menaik taraf plan intenet YES 4G ke pakej Super 98. Untuk pakej baru ini pun, qouta bulanan hanya 6GB sahaja. Pada ibu, ini pun tidak mencukupi. Tetapi hanya ini sahaja pakej yang ada dan sesuai dengan nilai poket ibu.



YES 4G

Sebelum ini, ibu hanya melanggan pakej Super 68 dengan qouta bulanan sebanyak 4GB. Dapat tambahan 1GB percuma pun masih tidak mencukupi. Terpaksa top up lagi 1GB dengan caj RM20. Kalau kira-kira, baik ibu ambil pakej Super 98. Jimat RM10. Hehe.

More »


Kisah Iklan Google Adsense Disekat Lagi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekali lagi. Iklan Google Adsense di blog ini disekat kerana dikatakan melanggar polisi. Adeh. Kali ini puncanya ada entri-entri yang mengandungi copyright material. Alahai, yang ini memang silap ibu lah. Memang ada kongsikan video drama Adam & Hawa dan Sehangat Asmara untuk tontonan online.

google adsense warning

Dapat email iklan disekat pada minggu exam ibu. Jadi, ibu biarkan je dahulu masalah ini. Malas nak kisah. Blog pun tidak dikemas kini. Konon kesibukkan yang amat lah tu. Sibuk membelek buku saja :p.

More »

4GB Tak Cukup!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alahai baru 2 minggu guna khidmat internet YES 4G, kouta 4GB yang dilanggan dah nak habis. Memang pengguna tegar internet betul lah. Hehe. Tengah duduk fikir, nak top up ke tak qouta ni. Sebab YES 4G (Postpaid) ini, jika kehabisan kouta bulanan, tidak dikenakan bayaran tambahan tetapi kelajuan melayari internet akan dikurangkan.

qouta yes

Ada 2 minggu lagi nak cukup bulan sebelum kouta di reset kembali. Rasanya memang tak cukup baki yang ada sekarang ini. Sebenarnya, gara-gara Mifzal Arsyad juga buka video di youtube, masa hari pertama langgan. Itu yang banyak guna data tu..huhu.

More »

Hak Milik Sebahagian © 2008 - 2013 · IbuMifzal.Com · Proudly powered by WordPress