Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2017


(Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2017)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mungkin agak terlewat sebenarnya untuk kongsikan info ini. Ibu pasti info ini sudah dapat diakses daripada pelbagai sumber di internet. Tapi, ibu mahu juga kongsikan di blog IbuMifzal.Com agar mudah untuk ibu dan pembaca lain untuk mendapatkan info berkaitan tarikh pembayaran gaji ini. Biasa tengah-tengah bulan, mulalah ibu google-google bila la tarikh gaji dibayar nih. Poket dah kering..hehe. Nasib pekerja makan gaji, macam ini lah..hehe.

tarikh gaji 2017

Nampaknya, tahun ini, tak banyak bulan yang gaji dibayar awal. Hanya bulan Jun dan Oktober 2017 sahaja. Bulan lain, lebih kurang tarikh gaji standard 25 haribulan.

Baca Lagi



Infolinks Kembali

(Infolinks Kembali)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Last guna iklan Infolinks di blog IbuMifzal.Com, seingat ibu pada tahun 2012. Uih! dah lima tahun sebenarnya merajuk dengan infolinks hehe :p. Sebelum ini memang pernah guna Infolinks untuk menjana duit daripada hobi ber ‘blogging’. Hanya sempat merasa sekali sahaja cashout, lepas tu blog IbuMifzal.Com kena sekat kerana menggunakan code Infolinks di blog berbahasa Melayu. Ketika itu, polisi Infolinks belum meluluskan blog-blog berbahasa Melayu. Banyak kali juga cuba apply semula tetapi status blog tetap ditolak. Selepas itu, ibu biarkan sahaja. Merajuk! Hehe…

approved email from infolinks

Ntah kenapa pula baru-baru ini, teringat pada Infolinks. Jadi ibu cuba resubmit url blog ini. Tapi kali ini tersalah akaun pula. Terhantar ke akaun Infolinks yang tidak aktif dan tidak berbaki $. Akaun infolinks ibu yang aktif dan berbaki $ pula masih memaparkan status denied pada url blog IbuMifzal.Com ini. Ibu biarkan sahaja keran ibu beranggapan “pasti tak approve juga ni”

Baca Lagi

Antara Sebab Permohonan BRIM 2016 Tidak Diluluskan

(Antara Sebab Permohonan BRIM 2016 Tidak Diluluskan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Agihan bayaran fasa pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2016) telah bermula. Bayaran sebanyak RM1050.00 akan diterima oleh KIR yang berpendapatan bawah RM3,000.00 dan RM900.00 akan diterima oleh KIR yang berpendapatan di antara RM3000.00 – RM4000.00 manakala yang bujang pula akan menerima RM450.00. Agihan bayaran adalah secara berperingkat iaitu 3 kali bayar. Hanya si bujang yang akan menerima bayaran penuh pada fasa 1.

Ada yang sudah dapat bayaran tersebut melalui bank dan ada juga yang telah dan akan menerima baucer di dalam masa terdekat ini. Ada yang gembira permohonan BR1M 2016 telah diluluskan dan ada yang duka permohonan BR1M 2016 tidak diluluskan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Ibu tidak termasuk di dalam senarai penerima BR1M 2016 (isk..isk…isk). Tidak pernah merasa sekali pun duit BR1M. Tapi ibu gembira bila ada kawan-kawan yang layak dapat. Tumpang gembira je..hehe.

Tapi kali ini, macam banyak pula isu yang tular mengenai BR1M 2016. Ada yang tahun sebelumnya lulus tapi tahun ini tidak lulus. Bukan kerana pendapatan meningkat tapi hanya kerana ahli isi rumah yang lain ada mendaftara SSM (Sijil Pendaftaran Peniagaan). Masalah agihan bayaran pun ramai penerima bising. Yang biasa dapat bayaran melalui akaun bank pada tahun-tahun sebelumnya, tapi tahun ini tiba-tiba dibayar melalui baucer sahaja dan perlu mengambilnya sendiri di majlis penyampaian yang ditetapkan. Lepas satu hal pula nak beratur di bank untuk tunaikannya.  Berapa tahun dah BR1M dilaksanakan? Sepatutnya masalah-masalah agihan ini dapat dielakkan.

Ibu ada jumpa di facebook info mengenai punca-punca dan alasan di sebalik permohonan BR1M 2016 yang tidak diluluskan. Antara puncanya ialah :

Baca Lagi

Nombor Akaun TNB Baharu Dan Bil Tak Masuk Akal

(Nombor Akaun TNB Baharu Dan Bil Tak Masuk Akal)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kawan-kawan semua tahu tak yang nombor akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah bertukar dari 14 digit kepada 12 digit? Ibu pasti ramai juga yang seperti ibu baru mengetahui penukaran nombor akaun ini. Ini kerana TNB hanya menwar-warkan penukar tersebut melalui keterangan di bahagian belakang bil eletrik pengguna. Kalau tidak alert memang tak perasan pun yang nombor akaun sudah bertukar. Ibu pun sama. Kalau tidak kerana kesilapan bil yang baru ibu terima semalam. Memang ibu pun tidak tahu. Pasti membayar ikut nombor akaun lama yang dah siap disimpan di dalam favorite payee list akaun bank. Huhu..

akaun baru 12 digit TNB

Jadi selepas ini, ketika ingin membuat pembayaran bil eletrik masing, pastikan menggunakan akaun baru baru mengelakkan sebarang masalah selepas ini sekiranya ada. Penukaran ini berkuatkuasa pada 21 Julai 2016 setelah pihak TNB mengumumkan penggunaan sistem baru.

Baca Lagi

Jadual Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016

(Jadual Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ada yang dah dapat BR1M kan? Setahu ibu, bagi kategori bujang yang berpendapatan RM2000 ke bawah, BR1M telah dibayar melalui akaun masing-masing pada 26 Januari 2016. Untung kome ya dapat BR1M. Ibu pula tak pernah merasa dapat duit BR1M. Sebelum-sebelum ini, dapat juga Bantuan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) sebab bergelar pelajar kan. Tapi dah habis belajar tak layak dah lah untuk BB1M. So, yang mana dapat BR1M dan BB1M tahun ini, gunakanlah sebaiknya. Banyak pula tu kadar BR1M tahun 2016 ini.

jadual bayaran BR1M

Okay, ibu nak kongsikan jadual pembayaran BR1M bagi tahun 2016 ini bagi menjadi rujukan kepada penerima-penerima BR1M untuk mengetahui bila duit BR1M masuk akaun. Pembayaran BR1M 2016 ini dibuat secara berperingkat. Dan, tahun ini juga telah diwujudkan satu kategori baru iaitu kategori E-kasih yang akan menerima BR1M 1050.00

Jadual Pembayaran BR1M 2016

Baca Lagi