Beli Buku @ Trak Book2U


(Beli Buku @ Trak Book2U)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

2 Minggu lepas, Mifzal sangat teruja bercerita tentang trak Book2U daripada Syarikat Karangkraf akan datang ke sekolahnya pada minggu lepas. Surat edaran dari sekolah juga ada menjemput ibu bapa untuk sama-sama hadir memeriahkan program jualan buku oleh Book2U di sekolah. Mifzal berkali-kali memesan  pada ibu agar jangan lupa datang. Ibu janji akan datang semasa waktu rehat.

Jualan buku oleh Book2U
Trak Book2U

Pada 8 Mei 2017 (Isnin), program jualan telah diadakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Ibu yang ralit memyiapkan kerja di pejabat lupa seketika akan janji ibu pada Mifzal untuk ke sekolahnya pada waktu rehat. Rehat pada jam 10.10 pagi. Jam 10.25 pagi baru ibu teringat. Apa lagi, kelam kabut ke sekolahnya. Mujur dekat. Walaupun terpaksa menempuh 2 trafik light yang melambatkan ibu sampai ke tempat dituju.

Baca Lagi



Pupuk Minat Dari Kecil

(Pupuk Minat Dari Kecil)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seingat ibu, seawal usia 3 tahun, Mifzal sudah berminat dengan catur. Walaupun sebenarnya ketika itu, dia masih lagi belum memahami apa bentuk permainan tersebut. Mungkin, kerana dia selalu lihat Abah Mifzal bermain game chess di komputer. Silap ibu, kerana ibu hanya membiarkan sahaja minat Mifzal itu tanpa tindakan apa-apa. Orang cakap, kalau nak tanam minat, elok lah bermula sedari kecil  kan! Ada juga beli main mainan chess tetapi sebab ibu tidak lah pandai bermain chess, jadi ibu biarkan sahaja. Lama-lama, Mifzal juga sudah tidak mempedulikan mainan chess nya kerana minatnya sudah teralih pada mainan LEGO.

bermain chess dengan rakan-rakan sekolah

Cuma baru-baru ini, ibu lihat Mifzal kusyuk bermain catur bersama kawan-kawan sekolahnya sementara menunggu ibu mengambilnya pulang dari sekolah. Teringat ibu, yang Mifzal masa kecil dulu suka dengan catur. Dan, sekarang dia sudah pandai bermain catur. Seronok Mifzal bila dia menang apabila bermain dengan kawan-kawannya. Tetapi ada juga waktu dia kalah, dia sukar untuk menerima kekalahannya. Confident level yang tinggi barang kali…hehe.

Baca Lagi

Memancing Ikan Besar

(Memancing Ikan Besar)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rezeki! Abah Mifzal dapat tangkapan yang besar. Ikan rohu seberat 9.0 Kg berjaya dinaikkan. Tak sangka ibu, petang semalam, balik daripada memancing, Abah Mifzal memanggil ibu dari luar rumah. Ibu ingatkan apa sebab bunyi pun macam kecoh juga. Rupanya, wow besarnya ikan. Tak pernah lagi rasanya dapat ikan sebesar ini. Patutlah, lebih setengah jam juga masa diambil untuk menjinakkan si rohu ini.

menangkap ikan besar

Hobi Abah Mifzal memancing, biasa di lokasi yang berdekatan dengan rumah saja. Ikan besar ini pun ditangkap semasa Abah Mifzal memancing di port biasa. Rumah kami berdekatan dengan sungai dan lombong. Memang sesuailah untuk kaki pancing..hehe

Baca Lagi