Aplikasi MediQuest Untuk Semak Produk Berdaftar Dengan KKM


(Aplikasi MediQuest Untuk Semak Produk Berdaftar Dengan KKM)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini, heboh mengenai produk-produk komestik dan penjagaan wajah seperti Tati Skincare, Moleek Skincare dan lain-lain lagi yang mengandungi racun berjadual yang dikatakan produk-produk ini merupakan krim timbang kilo yang sebenarnya dibungkus semula dan dijenamakan untuk pasaran tempatan. Umum sudah mengenai tentang bahaya produk-produk yang mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan sebagainya. Produk-produk seperti ini sememangnya patut dielakkan dari digunakan kerana ia boleh memberi kesan jangka masa pendek dan panjangĀ yang tidak baik kepada pengguna. Jangan hanya fikir hendak cantik sahaja kan. Pengasas produk-produk kecantikan dan kesihatan juga sepatutnya tidak hanya mengejar untuk dapat keuntungan berjuta sampai mengabaikan aspek keselamatan pengguna.

aplikasi semak produk berdaftar dengan kkm

Telah timbul kesedaran di kalangan orang awam yang sekarang ini lebih berhati-hati dalam membeli produk-produk kecantikan mahupun kesihatan agak tidak membahayakan diri sendiri. Dan, kini lebih mudah untuk kita sebagai pengguna Ā menyemak produk dan ubat yang telah berdaftar secara online. Aplikasi MediQuest dibangunkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini boleh dimuat-turun secara percuma oleh pengguna telefon pintar iPhone dan juga Android. Aplikasi MediQuest membolehkan kita sebagai pengguna untuk menyemak maklumat seperti berikut :-

Baca Lagi



Aplikasi Bigo Live Patut Diharamkan

(Aplikasi Bigo Live Patut Diharamkan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Biasa dengar aplikasi Bigo Live? Secara jujurnya, ibu tidak pernah mengambil kisah mengenai aplikasi ini. Jutaan aplikasi yang ada di dalam App Store membuatkan ibu tidak pekaĀ mengenainya. Tapi ibu, sangat Ā terkejut bila membaca info berkaitan info ini di Sinar Harian Online. Sangat menakutkan!!

Aplikasi Bigo Live Patut Diharamkan

Isu ini telah dibawakan oleh Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara hari ini berkata aplikasi berkenaan dianggap sebagai ‘pelacur media sosial’ yang memberi ancaman kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah.

Baca Lagi

TM Tawar UniFi Lite

(TM Tawar UniFi Lite)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berita baik daripada TM. Telekom Malaysia kini menawarkan pakejĀ Ā UniFi Lite. Pakej berharga serendah RM149/sebulan ini didatangkanĀ dengan internet berkelajuan tinggi iaitu sehingga 10 Mbps (download) dan 5 Mbps (upload). UniFi Lite ini turut ditawarkan bersama akses kepada HyppTV Everywhere, selain membolehkan pengguna menikmati panggilan suara STD selama 600 minit secara percuma.

pakej baru dari TM

Pakej ini dijangka ditawarkan kepada pelanggan di kawasan yang belum mempunyai liputan UniFi sedia ada iaitu di kawasan liputan streamyx. Pakej paling laju yang diitawarkan menerusi pakej streamyx setakat ini adalah 8 Mbps (download) sahaja dan 0.5 Mbps (upload). Ini akan menjadi pakej internet paling laju yang ditawarkan oleh TM di kawasan yang belum mendapat liputan UniFi Advanced dan Pro.

Baca Lagi

Pakej “NewPhone iPhone” Daripada Celcom

(Pakej “NewPhone iPhone” Daripada Celcom)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekiranya anda bercadangĀ untuk mendapatkan telefon pintar iPhone 7 ataupun 7 Plus, anda boleh cuba untuk mempertimbangkan pakej Newphone Iphone yang ditawarkan oleh Celcom. Menerusi pakej ini, anda kini boleh mendapatkannya dari serendah RM115 sebulan. Pakej dari Celcom ini boleh dikatakan sama dengan pakej Zerolution yang ditawarkan oleh Maxis. Di mana ia membolehkan anda untuk menukar kepada telefon baru setiap tahun. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar ke peranti bila-bila masa baru anda suka apabila anda membayar dengan bayaran tambahan. Ibarat kata, sewa iPhone 7 dapat iPhone 7S.

newphone iphone

Celcom menawarkan semua varian iPhone 7 dan iPhone 7 Plus menerusi pakej NewPhone ini. Selain daripada harga NewPhone itu, terdapat juga yuran perlindungan peranti pilihan bergantung kepada peranti yang anda pilih. Harga adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

Baca Lagi

Aplikasi ‘SyokDriver’ Untuk Semak Harga Terkini Minyak Petrol

(Aplikasi ‘SyokDriver’ Untuk Semak Harga Minyak Petrol)

Asslamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seperti yang telah diketahui umum, harga baru minyak petrol akan diumumkan oleh pihak Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada setiap hari Rabu selaras dengan pelaksanaan penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel secara minggu. Sebelum ini, perubahan harga minyak diumumkan setiap bulan sekali.Ā Kaedah penetapan baru ini dijangka akan memberi kesan yang lebih baik kepada pengguna kerana tempoh pengiraan purata kos produk petroleum yang siap diproses dan kadar tukaran wang asing menjadi semakin pendek iaitu selama 7 hari sahaja. Ia juga membolehkan trend harga runcit menjadi lebih stabil berbanding harga bulan yang dilaksanakan sebelum ini.

aplikasi semak harga minyak

Bagi memudahkan para pengguna untuk menyemak harga jualan terkini minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel, satu aplikasi yang boleh dipasang di telefon pintar telah diperkenalkan. SyokDriver – Malaysia Cheapest Petrol/Diesel Price, aplikasi percuma yang dibangunkan oleh Agmo Studio Sdn. Bhd. ini memberi kemudahan dihujung jari bagi menyemak dan membandingkan harga minyak petrol dan diesel yang ditawarkan di stesen-stesen minyak yang berdekatan dengan lokasi pengguna.

Baca Lagi