Mandi Manda Di Taman Eko Rimba Kledang Saiong


(Mandi Manda Di Taman Eko Rimba Kledang Saiong)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Cerita tahun lepas sebenarnya, tetapi disebabkan tahun lepas blog ibu banyak sawang dan ibu pun malas nak update blog (konon busy sangat lah..hehe), jadi entri untuk cerita ini tertangguh lama. Mujur ada lagi gambar-gambar yang ibu simpan walaupun banyak gambar yang ibu dah delete sebab nak kosongkan ruang simpanan dalam telefon ibu ini. Sebenarnya, ibu, abah dan Mifzal serta juga keluarga mentua ibu ada berkunjung ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ini pada bulan September 2016. Tarikh lebih tepat ibu dah lupa. Pergi atas ajakan keluarga mentua. Ibu pun baru tahu ada taman eko rimba di Ipoh rupanya. Mifzal apa lagi, bila diberitahu hendak pergi mandi manda, seronok bukan main..hehe.

berkelah di taman eko rimba di meru

Taman Eko Rimba Kledang Saiong terletak di Meru, Daerah Kinta, Perak. Ia merupakan kawasan eko-pelancongan hutan rimba yang berkeluasan 2,188 hektar. Terletak 4.5 kilometer dari Persimpangan Plaza Tol Jelapang, Lebuh Raya Utara-Selatan dan 14.2 kilometer dari bandar raya Ipoh. Kalau dari Bidor, kami perlu menempuh perjalanan sejauh lebih 70 kilometer. Dek kerana keterujaan hendak mandi manda di sini, kami telah terlepas tol Ipoh Selatan untuk exit. Aduhai, terpaksa meneruskan perjalanan sehingga tol Kuala Kangsar dan berpatah balik semula. Mifzal sudah bising-bising marahkan abahnya kerana tersalah jalan…hehe.

Baca Lagi



Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Dibuka 26 Jun 2017

(Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Dibuka 26 Jun 2017)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pasti ramai yang sedang menanti-nanti tarikh pembukaan Movie Animation Park Studios (MAPS) yang merupakan taman tema filem animasi yang pertama di Asia. Taman tema yang dibina dengan kos sebanyak RM520 juta ini terletak di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya 3, 30020 Ipoh, Perak, Malaysia. MAPS Ipoh, Perak ini akan dibuka secara rasmi pada 26 Jun 2017. Wah! sangat dekat dengan tempat tinggal ibu. Pasti tidak boleh ketinggalan untuk mengunjunginya.

maps ipoh tarikh buka

MAPS Ipoh akan dibuat pada setiap hari (Isnin – Ahad). Waktu operasinya adalah bermula pada 10.00 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin – Jumaat) manakala jam 10.00 pagi – 10.00 malam (Sabtu dan Ahad) di mana kemasukan terakhir setiap hari adalah pada 4.15 petang. Lewat dari tu, tak boleh masuk lah nanti..hehe

Harga tiket online promosi yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

Baca Lagi

Cuti Umum Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV

(Cuti Umum Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tarikh 24 April 2017 ( Isnin) telah diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V. Istiadat tersebut akan diadakan di Balairung Seri, Istana Negara.


Majlis pertabalan ini adalah sempena perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 13 Disember 2107 yang lalu bagi menggantikan Sei Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang telah menamatkan tempoh pemerintahan Baginda pada 12 Disember 2016.

Baca Lagi