Harga Minyak RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi 1 Disember 2014


(Harga Minyak RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi 1 Disember 2014)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berikut adalah harga minyak petro RON 97, RON 95 dan Diesel tanpa subsidi yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2014 (Isnin).

harga minyak petrol tanpa subsidi

Terdapat sedikit penurunan harga minyak bagi petrol RON 97 dan RON 95 iaitu masing-masing turun sebayak 9 sen & 4 sen manakala bagi Diesel pula terdapat kenaikan sebanyak 3 sen.

Baca Lagi



Malang Tidak Berbau

(Malang Tidak Berbau)

Assalamualaikum WBT ย & Salam Sejahtera

Seperti yang ibu ceritakan di dalam entry Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014, hari raya ibu tahun ini di sambut dengan pelbagai rasa. Ada gembira dan ada duka. Kegembiraan pulang berhari raya tahun ini diiringi dengan musibah. Kejadian yang tidak disangka-sangka. Kami sekeluarga terlibat di dalam kemalangan ketika pulang ke kampung. Tidak jauh dari kampung halaman, kereta ibu dilanggar oleh sebuah motosikal dari arah bertentangan di Jeli, Kelantan. Terkesima kami.

Kemalangan kereta & motosikal
Malang Tidak Berbau

Ketika kejadian,ย lebih kurang jam 5.45 petang, ibu sedang memandu perlahan menghala ke Tanah Merah, Kelantan. Jalan sesak di laluan kami kerana banyak kereta. Ramai yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Kelajuan sekadar 10 – 20km/sejam. Ketika memandu, ibu sudah perasan ada banyak motosikal di laluan bertentangan sedang cuba memotong sebuah lori dari arah kiri lori.

Baca Lagi

Saman Trafik Oh Saman Trafik!!!!!!!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


korang dah check saman? ha..kalau belum..cepat2 la check..takut tetiba nak renew roadtax x boleh sbb keta blacklist coz x bayar saman trafik..

yg mana selalu drive keta laju tuh..ingat2 la…speed trap dimana2..

haha..ingatan diatas adalah untuk diri sendiri jugak…waaaa..ibu serik…sgt2 serik…x mau dah bawak laju…korang tgk resit bayaran saman kat bawah ni…


agak2 korang baper saman yg ibu dpt? teka..teka?
.
.
.
.
.

RM3,000.00 with 11 summons okay!!!

padan muka ibu kan..RM3,000 tu kalau ikutkan mcm2 leh buat..wat bayar downpayment keta baru pun dpt kan….haru..haru…tul la..