Cara Semakan Keputusan & Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ramai yang telah menerima Bantuan Rakyat 1 Malysia 2.0. Kawan-kawan sepejabat ibu yang layak telah lama menerimanya. Namun kepada yang layak dan belum mendaftar, baik yang berkeluarga mahu pun yang bujang masa masih ada, masih berkesempatan untuk mendaftar sehingga 15 Mac 2013 ini.

Semakan-BR1M-2.0-LHDN

Cara Mohon BR1M 2.0 

KLIK SINI untuk memohon BR1M 2.0 secara online.

Cara membuat Semakan keputusan BR1M 2.0

1. Melalui Pos

Pemohonan yang layak dan diluluskan permohonannya akan dimaklumkan melalui Pos. Surat pemakluman keputusan akan diedarkan secara berperingkat-peringkat.

2. Melalui Telefon

Semakan melalui telefon boleh dibuat di talian hotline 1-800-222-500 & 1-300-88-3010 bermulai 11 Februari 2013. Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang.

Cara Membuat Rayuan Permohonan BR1M 2.0

Muat turun borang rayuan permohonan BR1M 2.0 di BorangRayuanBK07

atau memuat turun borang tersebut di laman sesawang LHDN
https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/BorangRayuanBK07.pdf

ps :  Ibu dan Abah tidak layak mendaftar. Gaji kasar isi rumah kami hanya melebih sedikit sahaja dari syarat yang ditetapkan. Tidak mengapalah, kami redha. Bukan rezeki kami. Mungkin ada cabang rezeki lain pula kan. Lagi pun ibu juga ada menerima Baucar Buku 1 Malaysia. Tak adalah rasa terkilan sangat 😀



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
233 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments