Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) – Bantuan Sara Hidup RM500

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahter

ini maklumat mengenai borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). borang banntuan RM500 untuk rakyat yang berpendapatan kasar kurang dari RM3000.oo. (info dr blog INI).

UPDATE : 

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia. Klik link dibawah (klik save as untuk simpan)

Page 1

Page 2

 

Tempoh pendaftaran adalah selama sebulan iaitu 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2011

 

PERATURAN

  • Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
  • Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

 

Individu Yang Layak

  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

 

Sila kemukakan salinan;

  • MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
  • Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll).

Borang ini juga boleh dimuat turundi laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my mulai esok (10 Disember 2011).

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my

Senarai Lokasi Kaunter Cawangan BR1M

sumber dari MOF & LHDN.

ps : huhu sedih sebab kami x layak memohon…uhuk..sket je pun x layak..huhu..x pe la bagi pada yang layak 🙂

 1,090 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*